~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Thursday, December 18, 2008

Jadual Baru..SEMANGAT camne??



Assalamualaikum…


Semangat baru....

Semoga semua dalam keadaan sihat wa’alfiat hendaknya insyaAllah…

Sudah hampir dengan buka semester baru.. subjek pun baru ..InsyaAllah tidak ada yang kena repeat paper InsyaAllah… disemester akhir ini banyak jugak subjeknya. Ingatkan bila dah semester akhir subjek semakin kurang..rupanya bertambah lagi…alahai..(mengeluh plak hehe) Chaiyok2 syakirah….!! Hidup mesti teruusss...!(pinjam ayat ye kak?)

Antara subjek yang dijangkakan sukar untuk semester akhir ini...(permudahkan urusan ku..)

MCA2013 PRINSIP DAN AMALAN PEMASARAN (ape? marketing? adehhh)

QAA4023 KAJIAN QURAN DAN HADITH DI ERA ICT

QBA3063 PROJEK ILMIAH

QBA4013 I'JAZ AL-QURAN

QBA4023 METODOLOGI PENGAJARAN QURAN DAN TAHFIZ

SKU3013 PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK(aik masih ada lagi subjek ini ke?)

SKU4033 MULTIMEDIA INTERNET(internet lagi...?)


Walaupun subjek terkini telah dikeluarkan oleh AKaDEMIK tapi keputusan exam yang lepas

belum diluluskan oleh SENAT…hehe (jangan main2 dengan SENAT tau) heh

Kini sudah hampir dengan Tahun baru ? apakah azam anda ? apakah azam saya?hehe semoga apa yang diimpikan akan tercapai...semoga sentiasa dalam rahmatNya..insyaAllah...


JazakaAllah kerana hadiah diari muslimat ni..camne nak tulis diari ye? planner pandai je hehe,sama je kan?


Akhiron, sahabat-sahabat dimana jua berada SELAMAT TAHUN BARU dan SEMOGA APA YANG DICITA-CITAKAN DAPAT DICAPAI sentiasa dalam rahmatNYA...insyaAllah...DOAKAN KEJAYAAN SAYA YE? DIDUNIA MAHUPUN DIAKHIRAT KELAK..Salam Sayang untuk semua
wassalam....-NSOH
p/s: maaf kalu bahasa melayu tunggang terbalik..hehe..

Thursday, December 11, 2008

Wanita Ciptaan Istimewa


1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat
menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki
ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur
duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan
menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan
berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah
mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang
terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan
menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,
dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia
tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan
kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah
kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah
menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki
bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan
peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia
menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan
suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan
tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat
dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi
oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki
mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap
kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab
mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki
yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita
adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai
sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah
perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan
mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri
dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan
wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan
setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki
yang dicintainya dan yang mencintainya.

32. Wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah.

No Excuse....




Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil
berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.





ISTIQOMAH DALAM ISLAM


Hadis:
"Sebaik-baik amalan ialah amalan yang sentiasa atau istiqomah dilakukan sekalipun sedikit."

Ini adalah panduan dari Rasulullah SAW untuk kita umat Islam yang jadi pengikut Rasulullah SAW. Amalan itu baik bila dikekalkan sekalipun sedikit.

Ada hadis lain yang mengatakan jangan kamu minta dari Tuhan kewalian tetapi mintalah istiqomah sebab istiqomah itu adalah satu ciri wali . Bila kita istiqomah atau tetap pendirian, bukan senang. Orang bertaqwa zaman dulu pernah buat pengakuan susah nak istiqomah. Kalau ada orang boleh istiqomah 40 hari berturut-turut itu luar biasa.

Istiqomah yang besar-besar yang akan kita bahas diantaranya
1. Tentang akidah.
2. Ibadah asas, ibu ibadah terutama sembahyang .
3. Jamaah.
4. Perjuangan dll.

1. Orang yang istiqomah dalam akidah .
Orang yang benar-benar kenal Tuhan, ada kesan pada peribadinya. Dia takut dengan Tuhan, cinta dengan Tuhan, rasa hamba Tuhan, dia rasa bertuhan, tawadhuk dengan Tuhan, syukur dengan Tuhan, sekaligus apa yang disebut tadi itu akhlak dengan Tuhan . Bagi orang yang berakidah benar-benar kenal Tuhan, otomatik lahir dari dirinya peribadinya akhlak dengan Tuhan, takut, cinta, tawadhu, sabar, redho, syukur. Senang ke nak istiqomah? Takut dengan Tuhan, redho dengan Tuhan, senang ke istiqomah? Merendah diri, malu dengan Tuhan, tawadhuk dengan Tuhan, senang ke nak istiqomah? Kita dalam sembahyang pun tak ada rasa, diluar sembahyang lagilah. Padahal Tuhan itu, kalau orang benar-benar kenal, lebih terserlah daripada harimau cuma tak nampak. Kalau berhadapan dengan harimau boleh istiqomah. Berhadapan dengan harimau berlaku ke sekejap takut sekejap tak takut? Tuhan lebih hebat dari harimau. Tapi depan Tuhan sekejap takut sekejap tak takut. Nak istiqomah akhlak dengan Tuhan, susah. Kadang takut, kadang tak takut, kadang sabar kadang tak sabar. Sebab itu Rasulullah SAW kata jangan minta jadi wali, mintalah jadi istiqomah, istiqomah satu ciri dari wali.
Nak istiqomah takut dengan Tuhan, rasa hamba, tawadhuk bukan senang. Nak istiqomah yang besar iaitu takut Tuhan bukan mudah lagilah yang lain. Pakej akidah dengan Tuhan, rasa hamba, takut, cinta redho, tawadhuk ... senang ke nak istiqomah? Kenal lah diri kita siapa.

2. Istiqomah dalam sembahyang fardhu.
Dia ada 3 pakej :
a. Sembahyang atas waktu.
b. Berjemaah.
c. Khusyuk .

Syarat rukun dah maklum, kita tak bahas. Yang paling ringan, sembahyang di atas waktu, nak kekalkan 40 hari pun payah. Kalau kekal 40 hari, susah nak jemaah pula. Kalau dapat berjemaah, sekejap khusyuk sekejap tak khusyuk. Kalau kita dapat benda yang gembira terbawa dalam sembahyang. Ada orang dapat tebus hutang, terbawa dalam sembahyang. Mana khusyuk lagi. Dapat nikmat duit, hilang nikmat khusyuk.

Jadi nak istiqomah dalam hal sembahyang dalam 3 aspek tadi susah. Kalau bolehlah dapat 40 hari cukup. Itu sudah luar biasa.`Side effect`nya kalau benar-benar sembahyang di atas waktu, berjemaah dan khusyuk,akan dapat berakhlak dengan manusia,kasih sayang,dapat bekerjasama, tolak ansur, perikemanusiaan, maaf bermaaf, pemurah. Kalau dapat kekal di atas waktu, kekal berjemaah, tak khusyuk, maka susah nak berakhlak dengan manusia, sebab tak hayati, iaitu tak dapat berakhlak dengan manusia, tak dapat berkasih sayang, dan tak dapat bekerjasama.

3. Istiqomah dalam jemaah .
Untuk istiqomah berada dalam jemaah senang tapi nak istiqomah dalam komitmen, rasa tanggung jawab pada jemaah, mengisi jemaah susah. Menjiwai jemaah tak istiqomah.

4. Berjuang.
Senang ke nak istiqomah dalam berjuang. Kadang sungguh-sungguh kadang tak sungguh-sungguh turun naik. Bila ada masalah sikit, dah `slow`. Susah nak istiqomah dalam berjuang. Begitu juga nak istiqomah dalam berkorban susah. Siti Aisyah kerana istiqomah dia kekalkan setiap hari sedekah, waktu tak ada apa yang nak dimakan, dia tak mahu batalkan sedekah, setidaknya dia sedekah setengah kurma supaya tidak terputus istiqomah .

Kalau 4 perkara besar-besar ini kita susah nak istiqomah, perkara-perkara kecil lagi susah. Nak sembahyang malam, tawadhuk, pentingkan orang lain, senang ke nak istiqomah? Nak kekalkan benda-benda sunat lagi susah. Yang besar-besar, penting-penting tak mampu kita buat. Sebab itu Rasulullah SAW kata jangan minta jadi wali, minta istiqomah, sebab istiqomah itu ciri wali . Kalau benda-benda besar boleh istiqomah, itu luar biasa. Siapa dapat istiqomah yang besar-besar tadi 40 hari luar biasa. Kita ikut Islam ikut-ikutan, belajar ilmu tak habis, mengaji tak serius. Kita tak dididik begitu. Katalah dalam hal ilmu, apa kata Rasulullah SAW? Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Ilmu penting, ilmu menyuluh, sebab itu jangan rehat belajar dari buaian sampai nak mati. Kita lepas sekolah tak mengaji lagi, dapat BA, Master cukup.

Jadi belajar ilmu kena istiqomah bukan sembahyang saja sebab dari ilmulah sembahyang jadi baik, berjuang jadi baik, jemaah lagi baik dan lain-lain lagi.. Dari ilmu juga, ada masalah boleh selesaikan, kasih sayang bertambah baik. Sebab itu diperintahkan menuntut ilmu dari buaian hingga liang lahad.


Sekian.

dari minda sahibuzaman....(www.halaqah.net)

p/s: saya pun ingin istiqomah utk diri sendiri.. insyaAllah

MENGENAI WANITA & KUBUR


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s. a. w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r. a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah. Buat renungan kita semua. ok......"

SATU PERINGATAN!!

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI;

1. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya


Wednesday, December 10, 2008

Qorban..


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Hari raya Adha atau hari raya qurban adalah di antara syi‘ar agama Islam. Pada hari tersebut umat Islam disunatkan menyembelih binatang qurban bagi membesarkannya. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dalam firmanNya yang tafsirnya :

"Dan kami jadikan unta (yang dihadiyahkan kepada fakir miskin Mekkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”

(Surah Al-Hajj: 36)

Menurut hukum syarak binatang qurban yang disembelih itu hendaklah terdiri daripada binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau atau kambing dengan tujuan menghampirkan diri dan taat kepada Allah Subahanhu wa Ta‘ala.

Selain itu menyembelih qurban juga merupakan amalan yang disukai oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dan sebagai bukti serta keikhlasan kita dalam menghidupkan syi‘ar agama Islam. Ini jelas difahami dari firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya :

“Daging dan darah binatang qurban atau hadyi itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu”.

(Surah Al-Hajj:37)

Menurut Mazhab Syafi‘e menyembelih binatang qurban adalah sunat yang dituntut (muakkadah). Ibadat qurban ini hanya sah dilakukan untuk diri sendiri. Dengan demikian adalah tidak sah menyembelih qurban untuk orang lain yang masih hidup kecuali dengan ada izinnya. Begitu juga tidak sah menyembelih qurban untuk orang yang telah meninggal dunia kecuali ada wasiatnya. Walau bagaimanapun pahala menyembelih qurban itu boleh diniatkan untuk dikongsi oleh orang lain seperti keluarganya.

Hukum Daging Qurban

Hukum menyembelih binatang qurban itu ada dua, iaitu qurban wajib dan qurban sunat. Adapun qurban wajib itu seperti qurban yang dinazarkan atau diwasiatkan.

Terdapat beberapa hukum yang perlu diambil perhatian berhubung dengan daging qurban itu. Jika sembelihan binatang qurban itu sebagai qurban wajib, maka daging tersebut wajib disedekahkan kesemuanya. Haram bagi orang yang berqurban itu dan orang-orang yang di bawah tanggunggannya memakan daging tersebut. Jika dimakannya daging itu wajib dia mengganti kadar daging yang dimakannya dan kemudian disedekahkannya, tetapi tidak wajib dia menyembelih semula binatang yang lain sebagai ganti.

Manakala daging qurban sunat pula, sunat bagi orang yang empunya qurban itu memakan sebahagian daripadanya, sebagaimana dijelaskan oleh Al-Qur‘an yang tafsirnya ;

Dengan demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin”

(Surah Al-Hajj: 28)

Walau bagaimanapun lebih baik (afdhal) disedekahkan semuanya, melainkan dimakannya sedikit kadar beberapa suap untuk mengambil berkat daripadanya, kerana yang demikian itu lebih mendekatkan diri kepada taqwa dan jauh daripada mementingkan diri sendiri. Tetapi makan di sini bukanlah bererti dia wajib memakannya.

Bahagian daging yang dimakan oleh yang empunya qurban itu, afdhalnya ialah hatinya kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah makan sebahagian daripada hati binatang qurbannya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi yang maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam memakan daripada hati binatang qurbannya”

Sekalipun daging qurban sunat itu boleh dimakan oleh orang yang berqurban namun haram baginya memakan kesemua daging tersebut. Firman Allah Subhanhu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

"Makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta”.

(Surah Al-Hajj: 36)

Sebahagian daripada daging qurban sunat itu, wajib disedekahkan dalam keadaan mentah lagi basah kepada fakir miskin sekalipun ia hanya disedekahkan kepada seorang miskin sahaja. Jika dimakan kesemua daging qurban sunat itu dan tiada sedikitpun yang disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, qurban tersebut tetap sah, tetapi wajib didapatkan atau dibeli daging yang lain kadar yang wajib disedekahkan sebagai gantinya. Namun dari segi pahalanya orang tersebut tidak mendapat pahala qurban sepenuhnya.

Selain daripada disedekahkan, daging-daging qurban sunat itu harus dihadiahkan kepada orang kaya untuk dimakan sahaja, bukan sebagai milik kepada mereka. Ini bererti mereka tiada hak untuk menjual atau menghadiahkannya kepada orang lain dan seumpamanya. Berlainan halnya dengan orang fakir dan miskin, yang mana daging itu adalah menjadi milik mereka dan harus bagi mereka menjual atau memberikan daging tersebut kepada orang lain.

Begitu juga haram atas orang yang berqurban atau warisnya menjual daging qurban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada qurban itu, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Siapa yang menjual kulit qurban (udhiyah) itu maka tiada dikira baginya qurban”

(Hadis riwayat Al-Hakim)

Kulit atau daging binatang qurban itu juga haram dijadikan upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.

Daging qurban yang disedekahkan kepada orang fakir miskin itu mestilah dalam keadaan mentah. Berbeza halnya dengan daging qurban yang dihadiahkan kepada orang kaya, di mana daging tersebut boleh dihadiahkan dalam keadaan mentah ataupun sudah dimasak. (I‘anat At-Talibin : 2/333-334)

Tidak memadai jika yang diberikan kepada orang fakir miskin itu hanya kulitnya, bulunya, tanduknya, kukunya dan sebagainya

Daging-daging qurban atau mana-mana bahagian daripadanya sama ada qurban wajib atau sunat yang disedekahkan kepada orang fakir miskin atau yang dihadiahkan kepada orang kaya itu adalah terhad kepada mereka yang beragama Islam sahaja. Haram memberi, menghadiahkan atau menjual daging qurban tersebut kepada orang bukan Islam, sekalipun fakir miskin itu terdiri daripada kafir zimmi (Matlak Al-Badrain: 81). Ini adalah disebabkan menyembelih binatang qurban itu adalah merupakan ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Oleh sebab itu, sekiranya ada bahagian daging tersebut yang diberikan, dihadiahkan atau dijual kepada orang bukan Islam, maka wajib diganti dengan daging yang lain sekira-kira menyamai kadar berkenaan.

Demikianlah penentuan hukum syarak berkenaan dengan daging qurban yang perlu kita ambil perhatian sepenuhnya semoga dengan demikian ibadat qurban yang kita lakukan itu diterima oleh Allah Subhanhu wa Ta‘ala.


Sumber : http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2000/ic10_2000.htm

Sunday, December 7, 2008

Salam AidilAdha untuk kalian dan diriku...


Salam AidilAdha kepada semua..

yang ikhlas,
Nur Syakirah Omar



Kenapa kaabah berbentuk segiempat


AsSalamualaikum…

Saya tertarik betul dengan artikel ini walaupun pernah dengar atau membacanya ..tetapi seorang yang bernama insane akan sering terlupa ..

Sini saya nak kongsi bersama artikel untuk panduan kita bersama .InsyaAllah…

Kenapa kaabah berbentuk segiempat

Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, Kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yang last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Doktor dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang
sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum:-
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup
air yang panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati orang yang sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yang dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yang disampaikan oleh dari Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi(cuba). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yang berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sumber: puteri_kk from UKHWAH.com

Berfikir sebelum Mengeluh

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Sebelum kita mengeluh & memarahi ibu dan bapa kita yang masih hidup,Fikirkan tentang seseorang yang merintih pilu memerlukan kasih sayangibu dan bapa

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi
dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidakmengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka
mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

BELAJARLAH BERSYUKUR SEBELUM TERLAMBAT