~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Thursday, January 29, 2009

Mutiara Kata Hari ini...



Emosi & Kesannya..












Emosi rupa-rupanya mendatangkan kesan-kesan tertentu kepada tubuh kita..

EMOSI & KESANNYA


Kondem Orang - Pengerasan ateri dan sakit tekak

Domineering, menguasai, menganiaya -Sakit belakang

Cynical, sindiran - Bongkok

Menahan marah, memendam rasa - Sakit semua bahagian belakang
(selalu jugak terasa sakit begini..adakah ia kebetulan atau kenyataan? hehe)

Menanggung masalah sendiri/orang lain - Lenguh bahagian belakang
Menyimpan rahsia pahit, tidak memaafkan, - Kanser cemburu, kebencian,

Amalan sikap negatif, menyimpan sesuatu - Sembelit

Menyampah kepada seseorang - Batuk

Kerakusan kasih - Jantung dan paru-paru

Minda yang tiada tolak ansur - Sakit sendi

Memendam emosi - Sakit pinggang

Kekesalan - Hati (liver)

Ketegangan emosi - Tengkuk tegang

Penyedih, terkejut, ketakutan, kegembiraan - Pankreas

Komplen - Organ seks

Dendam - Gastrik


KESIMPULANNYA
Sebagai manusia kita tak dapat lari dari mengalami satu atau semua keadaan emosi diatas. Namun demikian Nabi S.A.W mengingatkan supaya kita bersederhana dalam semua hal.

Kenali sifat-sifat tidak baik yang ada pada diri kita dan berusahalah untuk memperbaikinya dan menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji.

Waallahualam.


sumber: ukhwah.com..

Ayuh Tegakkan Islam di bumi ALLAH


Sunday, January 25, 2009

Renungan bersama ku


“Sesungguhnya, ALLAH memang Senjaga…”

Memang Allah sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita dapat
Menjadi penilai yang baik..

Memang Allah sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita sedar
Bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
Mengharapkan pertolongan Allah

Memang Allah senjaga menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA..
Memang Allah sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita sedar
Bahawa Allah Maha Pemurah Dan penyayang..
Kerana mengingatkan kita bahawa dia
Bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

Memang Allah sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita dapat
Mengutip pengalaman yang tak semua orang
Berpeluang untuk mengalaminya

Memang Allah sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita jadi
Manusia yang hebat jiwanya…

Memang Allah sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita lebih
Faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.

Memang Allah sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita lebih
Mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal…

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta,fahamilah bahawa
Kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya,
Hari esokpun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita
Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA..

Percayalah sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan Hamba-NYA

Yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan Hanaya kepada NYA….


Istimewa buat mu...


Untukmu Bakal 'Imam'ku yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini, dirimu masih rahsia penciptamu..rahsia yang telah ditentukan untukku, yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan sujudku, cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini....Ketahuilah wahai mujahidku,Ketahui namamu tidak menjadi idamanku, apa lagi untuk menatap wajahmu, Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur kerana masih tidak di takdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita menempah siksaan Allah. Ya Tuhan kami lindungi kami...Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala...Tiada yang lebih bahagia suamiku, melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan Deen ini, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar syahidmu ku damba, berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan menyambung perjuangan baba mereka.Berikanku sepenuhnya sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu mujahid kita ke medan jihad, Mungkin kau hairan suamiku, mengapa diri ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya. Suamiku, hatimu itu milik robbul jaleel, dan ku pohon sebagaian itu sebagai semangatku wahai suamiku, Dari awal lagi sudah ku didik hati ini, bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.Wahai suamiku, seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid. Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid...Wahai suamiku, walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang psti bersama kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redhanya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari rafiul a'la, bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini...kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas, andai cinta sementara bisa mmelukakan hati sepatutnya hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya...biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran tahajjud dn istikharahya...InsyaAllah inilah pencarian kita...Wassalam

Monday, January 19, 2009

mai kita boycoott......




  • L'Oreal
    Giorgio Armani, Redken 5th Avenue, Lancome Paris, Vichy, Cacharel, La Roche-Posay, Garnier, Biotherm, Helena Rubinstein, Maybelline, Ralph Lauren, Carson

  • Marks & Spencer
    M&S, St.Michaels

  • McDonald's
  • Motorola

  • Nestle
    Nescafé, Perrier, Vittel, Pure Life, Carnation, Libby's, Milkmaid, Nesquik, Maggi, Buitoni, Cross & Blackwell, KitKat, Milkybar, Quality Street, Smarties, After Eight, Aero, Polo, Lion, Felix cat food, L'Oréal

  • News Corporation
    TV: Fox, Sky, Star, Phoenix, Granada, CNBC. UK newspapers: Standard Newspaper, News of the World, The Sun, The Times. Australian Newspapers: The Telegraph , Gold Coast Bulletin, Herald Sun, Independent, Sunday Mail. US newspapers: New York Post. Publishers: Harper Collins Ragan, Zondervan, National Geographical. Nursery World, Rawkus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records

  • Nokia
  • Revlon
    New World Entertainment, Forbes
  • Sara Lee
    Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Radox

  • Siemens

  • Selfridges

  • Starbucks
    Seattle Coffee, Pasqua, Hear Music, Tazo

  • Timberland
sumber: http://bibiraihana.blogspot.com

Marilah sama² kita berdoa kesejahteraan saudara seislam kita..hayya bijihad...

Thursday, January 1, 2009

Sajak untuk diriku serta dirimu sahabat

Mampukah aku menjadi seperti siti khadhijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah senang rela bersama…

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan….

Mengalir air mataku melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga….

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah…

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air pwnghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar…..

Mampukah aku menjadi wanita solehah??
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah….

MAMPUKAH AKU??
BINNAJAH SYAKIRAH!!!

Salam tahun baru Hijrah dan Masihi


Assalamualaikum…

Salam Maal Hijrah 1430H dan salam tahun baru masihi 2009,

Sudah tiba tahun baru yang dinantikan dengan azam dan semangat baru… 18 Muharam genapla umur ku 24tahun..dah 24tahun rupanya ye?hihi(18 Muharam 1406)

Tingkatkan ilmu pengetahuan dunia n akhirat insyaAllah…

Azam tahun ni nak tingkatkan kemahiran berbahasa… in English and Arabic…insyaAllah..(sesape yang mahir berbahasa ni mitak tunjuk ajar ye)

Ibnu Mas’ud berkata” perkara yang paling sedih bila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah….”

Semoga tahun baru@baharu(ejaan terkini hehe) menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelum ni ...insyaAllah…

Semoga sahabat-sahabat dimana jua berada sentiasa didalam naunganNya insyaAllah…

BE A GOOD MUSLIM…