~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Saturday, March 28, 2009

Final Exam- My Final Year

Assalamualaikum...
Debaran untuk final exam sudah terasa nih...debar jugak nih coz my first subject for this final exam on 13 April2009.. dah dekat tuh.. =) , sem akhir ini kena cover 6 subjek.. wah banyak kan??
besenye bagi tahun akhir nih hanya beberapa subjek je.. nih 6 ..termasuk subjek elektif.. sudah banyak subjek elektif semuanya subjek financial..huhu..
semoga sahabat-sahabat yang akan menduduki final exam awal atau akhir bulan nih best in luck ye?


(Study Mode keh keh keh =P)

Semoga berjaya ye? Semoga Allah bersama Kalian..
Doakan kejayaaan bersama ye? Good Luck.. Gambate Kudasai.. =)
Quranic n Multimedia studies... Chaiyokkk!! semoga Allah merahmati kalian dan diriku,
Dunia n akhirat InsyaAllah....
Jaga kesihatan ye? itu yang penting... =)

with love;
Syakirah\(^_^)/



Pesanan sesama muslim(3)


Srikandi kesayanganku

ASSALAMUALAIKUM SRIKANDI KESAYANGANKU…
Sudah lama kita tidak bersua. Aku percaya engkau juga memiliki perasaan rindu yang mencengkam sepertiku. Namun aku tetap bersyukur kepada Allah yang kerana tidak menemukan kita. Ya, kalau aku menemuimu mungkin inilah peluang syaitan menyesatkanku dan membawaku jauh dari Allah. Walaupun begitu. Aku tetap menyayangimu, sayang…

Aku masih ingat pertemuan kita yang pertama dulu, bila mata kita bertentang, tubuh badanku rasa begetar. Engkau tahu mengapa? Kerana engkau amat cantik dengan pakaianmu yang cantik dan agak seksi. Perfume yang engkau pakai…pergh !!! Mengancam betul. Sebab tu. Aku tergamam sehingga badanku menggeletar…

Selepas tu, kita sama-sama pergi ke restoran KFC. Ingat tak lagi? Di sana. Aku belanja engkau makan. Sambil makan, kita borak-borak. Kita saling berkenalan dengan lebih rapat lagi. Lepas tu, kita jalan-jalan kat Taman Tasik…Masa tu bermula episod ‘cinta sejati’ kita. Engkau memegang tanganku. Seronoknya engkau buat begitu. Tak pernah sebelum ini seorang permpuan memegang tanganku. Aku pun apa lagi, menggenggam erat tanganmu. Hinggalah menjelang maghrib, baru kita pulang ke rumah masing-masing.

Malam tu aku tak boleh tidur. Ada sesuatu yang mengganggu perasaanku. Perasaan yang menyebabkan aku rasa bersalah. Aku cuba mengambil wudhu’ dan terus tidur. Dalam tidur itu aku mimpikan dirimu, sayang… Engkau datang dalam keadaan yang amat busuk dan pakaian kau kotor dengan darah dan nanah…aku bertanya ketika itu “Kenapa sayang…apa dah jadi pada sayang…” Engakau hanya tunduk diam dan menitiskan air mata…tiba-tiba engkau bersuara “Tolonglah sayang, abang…”

Aku terkejut dari lamunan mimpi itu lalu dengan tak semena aku ucap “Astaghfirullah…apa yang perlu aku tolong insan yang aku sayangi ni?...”

Seminggu selepas itu, engkau menelefonku. Engkau nak jumpa aku diluar. Rindu katamu…Aku pun terus bersiap-siap dan keluar dari rumah. Sebelum sampai di tempat yang dijanjikan. Aku sempat membeli sesuatu kepada sayang…Setelah sampai di tempat yang dijanjikan, engkau terus menerpa kearahku hendak memelukku, tetapi aku sengaja mengelak dengan berkata aku hendak ke tandas…

Bila aku kembali, engkau sudah siap menungguku di sebuah kerusi panjang. Aku duduk jauh darimu. Aku masih ingat apa yang kita borakkan hari tu…

“Abang ni…Kenapa duduk jauh dari sayang. Dah tak sayang kat sayang ke?”
“Sayang, abang bukan tak sayang kat sayang, Cuma abang bimbang, nanti kita tak dapat duduk dekat-dekat dalam syurga nanti..”

Engkau tunduk. Aku rasa engkau tunduk tanda mengerti apa yang aku maksudkan..

“Abang, bolehkah sayang pegang dan kucup tangan abang sebagai tanda setianya sayang pada abang?”

“Sayang, andainya sayang ingin setia pada abang, tangan ini kita gunakan untuk membantu satu sama lain di yaumul mahsyar ye, sayang!”

Engkau tak jadi memegang dan mengucup tanganku. Alhamdulillah…

“Abang nak tau, semalam sayang pergi set rambut kat kedai sebab nak jumpa abang hari ni. Abang nak tengok? Sayang tunjukkan kat abang ye”

“Sayang, jangan buka tudung sayang tu. Abang takut nanti rambut sayang yang cantik tu dibakar dek api neraka.rugi saja sayang setting rambut tu.”

Engkau batalkan niatmu itu walaupun wajahmu nampak sedikit kecewa.

“Abang dah seminggu kita tak jumpa kan? Sayang rindu sangat kat abang,tau!”

“Abang pun rindukan sayang. Sebab tu abang belikan hadiah ni untuk sayang.”

Engkau ambil dan buka buka bungkusan itu. Wajah kau nampak tenang ketika itu.dalam bungkusan tu aku letakkah sehelai tudung labuh, seutas tasbih dan senaskah Al-Quran. Engkau masih menyimpannya ke,sayang. Aku berharap engkau lebih merindui Allah daripada engkau merinduiku…Selepas tu aku menceritakan mimpiku kepadamu. Fahamlah engkau mengapa aku berbuat begitu kepadamu.

Hingga hari ini kita tidak berjumpa selepas kejadian itu, Namun cinta kita tetap bersemi dan subur bersama kewangian keredhaan Allah…Aku dan engkau akan bertemu juga suatu hari nanti bila kita sama-sama bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Sayang. Aku mahu berkongsi hidup di syurga bersamamu.

Ya Allah, ampunilah kami berdua dan satukanlah kami sebagai suami isteri dengan keredhaanmu. Satukanlah kami juga di dalam jannahmu. Janganlah engkau pisahkan salah seorang dari kami atau kedua-dua kami ke dalam nerakamu yang amat perit dan pedih. Semoga Engkau ya Allah mengizinkan kami bersama selamanya di dunia dan akhirat…


~hanan.com.my~

Layout (Multimedia Internet)



My Layout




Audio(Multimedia Internet)

Friday, March 27, 2009

Login Page (Multimedia Internet -code)




Enter your login and password













Login:
Password:
Lost your username or password? Find it here!
Not member yet? Click here to register.



Video(Subject MultiMedia Internet)

BooKs (For My Multimedia Internet Subject)


Sami Yusuf ..the best singer...Get it now..so nice songs..



Tajweed Rules Of the Qur'an Pt.1




Miracles Of The Quran by Harun Yahya...



this article for my Subject of this sem Multimedia Internet... Enjoy it.. =)

Jom Baca Cerita =)


Assalam.. lama betul x update kat blog nih...
kali ini nak kongsi satu infomation @ crita menarikla hihi.. tersenyum sendirian baca cerita ni..tapi ana lupa mana ana dapat cerita nih.. coz die ade tersimpan dalam MYdocument in my laptop..=) seronok baca nye.. semuga leh bermanfaat ..iNsyaAllah...=)



Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sek ira nyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu.tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokoksaja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yangpaling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. v(^-^)v

.....tamat....


Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .

Saturday, March 14, 2009

10 Laluan

(pic nih amik baru balik klas: hihi sambil jalan tengok langit cantiknye..snap pic nih cantik jarang nampak nih...tapi waktu dah kul 7 lebih hihi)




1. Laluan Menuju ke Kubur
* Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
* Hindarkan perasaan irihati (benci)
* Jangan terpengaruh dengan emas/ perak
* Sucikan qada' hajat dengan istibra (berak/kencing)


2. Laluan untuk Berjumpa Izrail
* Bersihkan diri dengan bertaubat
* Gembirakan hati orang mukmin
* Bayar semula qada' yang tertinggal
* Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala


3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir
* Mengucap dua kalimah syahadah
* Suka memberi sedekah
* Berkata benar
* Bersihkan dan perbaiki hati


4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dengan yang sedikit
* Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah


5. Laluan Memantapkan Amalan
* Jauhkan perkataan yang sia-sia
* Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji-pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan akhirat


6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim
* Kasihilah ailia' Allah Taala
* Berbaktilah kepada kedua ibubapa
* Berpegang teguh dengan hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk


7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka
* Banyakkan membaca al-Quran
* Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
* Tinggalkan perkara maksiat
* Jauhkan segala yang haram


8. Laluan untuk Memasuki Syurga
* Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
* Kasihi orang yang soleh* Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah
* Merendahkah dri di antara semua makhluk Allah


9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW

* Kasihilah Nabi Allah
* Kasihilah Rasulullah SAW
* Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah
* Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW

10. Laluan untuk Bertemu Allah
* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
* Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah
* Bencikan segala yang diharamkan-Nya


by:shahril @ halaqah.net

Sunday, March 8, 2009

Salam Maulidur Rasul SAW 1430H



Assalamualaikum...
SALAM MAULID NABI MUHAMMAD SAW.



(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu...

p/s: teringat kata2 ustaz.. kita membuat lagع utk rasullulah tapi kita tidak menghayati sepenuhnya apa yang kita nyanyikan dan perkatakan tu.. de btulnya jugak.. kekadang mulut saja mengatakan tapi kita bakhil utk selawat kepda baginda.. janganlah kita menjadi seorang yang kedekut bakhil utk berselawat ye? mudah je ...
Ayuh.. sama2 berselawat kepada baginda...
Daripada Abu Hurairah R.A ,Nabi SAW bersabda "Orang yang berselawat ke atas ku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya Sepuluh kali"- RiwayatMuslim
صلى الله عليه و سلم
صلى الله عليه و سلم



Thursday, March 5, 2009

TOLONG INGATKAN AKU

Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan




Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan

Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah al-quran
Tika radio penuh hiburan
Tika tv penuh Hindustan

Tolong ingatkan aku
Di mana Islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan (untuk muslimah jer)

Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sanamenjadi bekalan

Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya jiwa diserahkan
Segala-galanya Dialah tumpuan

Tolong ingatkan aku walaupun aku masih ingat
tak semestinya aku ingat semua
Wahai tuhan yaRobbul alamin.....
ampuni dosaku insan yang kerdil ini...
Kerana tidak sempurna seperti Kekasihmu.... Muhamad S.A.W
Kerana aku insan biasa yang sering Lupa Pada mu...

Sunday, March 1, 2009

Muhasabah CInta

Muhasabah CInta

oleh: Edcoustic

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu