~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Sunday, June 28, 2009

~ Perasan???~



Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL.

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu:

"Jadilah engkau!". Maka ia terus menjadi...

SUMBER

Saturday, June 27, 2009

~LiFe~



Alihkan matamu ke laut,
airnya cantik membiru&penuh ketenagan,
tetapi Hanya Allah yang tahu rahsia didalamnya,
begitulah dengan kehidupan manusia,riang ketawa...
tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya..

Jika kamu rasa kecewa,pandanglah ke sungai,
airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang,
jika kamu rasa sedih,pandanglah ke langit,
kamu akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu.......

Friday, June 26, 2009

~ Diari Seorang Muslimah Soleha ~


"cayang nyaa..."

Wanita Soleha ibarat sekuntum bunga yang harum yang telah di jaga dan di pelihara dengan baik. Perjalanan harian kehidupannya penuh dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Sentiasa menjaga kehormatan diri, menutup aurat, cukup berhati-hati di dalam percakapan, pergaulan dan tidak menimbulkan fitnah dan syak wasangka.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud " Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah Wanita Soleha. "

Wanita Soleha adalah mereka yang berilmu, cerdik dan pintar. Setiap hari mendalami Ilmu Islam, mengkaji tafsir Al- Quran, hadis Nabi, memahami ilmu realiti semasa dan tahu cara-cara mengubati penyakit masyarakat. Di malam hari menjadi seorang abid, membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, sembahyang tahajjud dan berdoa kepada Allah hingga menitiskan air mata.

Wanita Soleha sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah s.w.t., bersedia menjadi isteri yang taat kepada suami, berfikiran positif terhadap poligami dan bersedia berkongsi kasih sayang jika di takdirkan berlaku di dalam rumah tangga.Menjaga kehormatan diri, menjaga harta suami dan meneruskan proses tarbiyyah keatas anak-anak ketika ketiadaan suami di rumah.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian melintasi lelaki, agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandangnya itu adalah zina"

"Perempuan yang melabuhkan pakaiannya dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya."

Wanita Soleha mestilah melengkapkan diri dengan ilmu akademik, sain dan teknoloji, kedoktoran, kejururawatan dan pendidikan.Ilmu-ilmu ini amat penting untuk pembangunan masyarakat Islam yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah.Kedoktoran dan kejururawatan amat di perlukan untuk merawat pesakit-pesakit terutama wanita Islam.
Bidang pendidikan pula amat di perlukan untuk mendidik generasi baru umat Islam kearah melahirkan satu generasi seperti generasi sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

Wanita Soleha bersedia menjadi ibu mithsali mendidik anak-anak hingga menjadi anak-anak yang soleh dan soleha. Sentiasa meniupkan semangat jihad, menanamkan asas-asas Islam dan aqidah Islam dalam jiwa anak-anaknya.
Bersabar menghadapi keranah anak-anak dan sentiasa mengujudkan biah soleha di dalam rumah hingga menjadi "rumahku, syurgaku". Dari sinilah akan melahirkan Baitul Muslim dan seterusnya masyarakat Islam dan Daulah Islamiyyah.

Wanita Soleha bukan sahaja menjadi isteri dan ibu soleha tetapi dia juga menjadi murabi dan da'i. Sentiasa sebuk menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah untuk mengajak para wanita lain agar mereka bersama-sama menjadi wanita-wanita yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t.

untuk tazkirah lebih lanjut sila lawat http://abubasyer.blogspot.com


"Cayang Semua..."

Monday, June 22, 2009

Insan Istimewaku...

Ayah, Abi, Pa, Daddy, Walid…

Ungkapan yang cukup sinonim dengan lelaki ..

Lelaki yang bergelar Bapa…

Pengorbanan seorang Bapa tiada tolak tandingnya,

Walaupun ditukar ganti dengan nilai wang ringgit, harta kekayaan atau kemewahan duniawi..


Ayah,

Tidak lengkap rasanya kehidupan bila tiada insan yang bergelar AYAH..

Ketegasan seorang ayah hanyalah untuk melihat anak-anaknya berjaya…

Berjaya untuk mencapai ‘bulan’, ‘bintang’ disana kelak…


Wahai anak..

Mampukah kita sebagai anak,

Sebagai anak membalas jasa seorang ayah??

Mampukah???

Tentu sekali tidak….fikirlaahh wahai anakk…

Hargailah insan mulia ini…

Insan yang bergelar AYAH..sementara dia masih ada…

Beruntunglah mereka yang masih mempunyai ayah,

Sempat serta berpeluang lah bagi mereka untuk membalas jasa ayah…

Beruntunglah….


Duhai anak…

Usah dikenangi, ditatapi…

Berdoalah agar Ayah berada dalam kesejahteraan serta rahmatNya ilahi..


Ayah…

Diri ini amat menyayangimu Ayah..

Ampunilah dosaku Ayah..

Sejakku dilahirkan kedunia ini, sehingga akhir nanti…

Duhai Ayahku….

-I’m the second-

Selamat Hari Bapa buat Ayahku

Hj.Omar Bin Hj.Hussain..

Friday, June 19, 2009

Fikir-Fikir..


Pada suatu hari Jumaat yang hening Amat naik bas ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat.
Mak Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pun makan tengahari di rumah, adapun perjalanan ke masjid itu 10km jauhnya.

Amat pun membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang kacak itu, lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping. Amat pun ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.

Sesampainya di masjid, Amat pun mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pun penuh adanya.

Setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan solat Jumaat.

Amat pun menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba-tiba duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul-betul jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila fikir nak jalan kaki balik rumah di panas-panas terik tu..amat pun berbisik kepada orang dihadapannya...

Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti..."
lalu orang itupun menjawab...

"Alah,setakat 50 sen aku tak hairan lah, tak ada siapa nak ambik duit kau tu".
Lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pun berkata...

" eh, anda ini..dalam sembahyang mana boleh bercakap"
Selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara

" Yang kau bercakap tu apa ?"....

sahlah... sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.

MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal-hal dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa...

Monday, June 15, 2009

~HAYATI~



Renungkan:
Orang Bijak pandai mengatakan," berhati-hatilah terhadap cinta.Durinya adalah nafsu dan mawarnya adalah kesucian. Berapa banyak manusia yang telah mencium harumnyamawar, padahal mereka tidak menyedari diri mereka sebenarnya telah tertusuk duri cinta. Cinta sejati adalah cinta yang bisa menghulurkan tangan untuk memetik mawar tanpa tertusuk duri-durinya...
~Petikan dari KITAB CINTA Yusuf&Zulaikha~: Taufiqurrahman al-Azizy~

Saturday, June 13, 2009

KITA ADA PELAWAT SETIAP HARI

"Ketika engkau memiliki tujuan utk dipenuhi dan mimpi utk digenapi , Allah sudah membuka matamu dan memanggil dengan namamu.. Ingat bahawa dimanapun engkau atau kemanapun engkau mengadap..ALLAH TAHU" Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:

Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikatmaut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut,kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.

Waallahu'alam



**ketawa terbahak-bahak ini teringat satu cerita dulu bersama rakan-rakan..rasanya ari tuh la ketawa yang memang lagho dan 'ganas' kot ..hihi.. ana siap2 nak pergi ke surau..tetiba ada sahabat nih tanya ,nak ke mana tu? ana jawab ringkas je"surau".. dia boleh tanya lagi,dahla ana kelam kabut dah..hihi(last minute sokmo =P )..nak pergi berjemaah ke?? ,dia tanya ana.... ana jawab "tak la ,nak gi curi selipar" camne lah leh terkeluar ayat lawak bodoh camtuh...tetiba ana dapat bantal melayang.. menepati sasaran lak tu.. adehhh.. nasib baik bantal ,kalu buku tadi.??.. dah la tak sempat mengelak...hihi..(sahabat ana nih pemain bola baling...hihi).. pastu ketawa yang tak hingat dah... Ya Allah..ana rasa tak pernah pun gelak camtuh sebelum ni..ish3...insaflah....pastu baru terfikir ada logik gak dia tanya..mana tau ana pi surau pi meeting ke? dating ker?? opsss...etc laa.. aduhh... peristiwa yang tak leh lupa kalu dikaitan dengan ketawa terbahak-bahak nih...

Ingat ...Rasullullah SAW tidak ketawa terbahak-bahak,tetapi Baginda hanya tersenyum hingga menampak gigi baginda yang cantik..سبحان الله

Wednesday, June 10, 2009

~Ketika Cinta Bertasbih~

Assalamualaikum...
tajuk kali ni agak menimbulkan 'kontroversi'...tidak la kontroversi sangat kan?
bukan apa kali ini tajuk ni khas untuk SAHABAT ku yang nak tau tentang cerita ini..
alkisah awal nya cerita nih adalah salah satu novel yang dijadikan cerita...novel indonesia..
jika tak silap ia adalah THE BEST SELLER buku tuh... tapi belum ada dalam simpananku hihihi
saya tau sahabat ku ini suka tengok cerita dari baca buku kan hihi..opsss abisla kali ini ampunn..hihi.. tapi tak mengapa,lain orang lain citarasa ye tak?
Tapi Ingat melalui cerita-cerita sebegini juga boleh dijadikan salah satu jalan dakwah..dakwah tak kira dimana-mana(teringat kata-kata nih banyak sejarah nya)...asalkan tempat yang sesuai dan masa yang sepatutnya...Seru dan ingat-ingatkan kearah kebaikan di dunia mahupun di akhirat kelak. InsyaAllah...
~kepada sahabatku kata-kata KETIKA CINTA BERTASBIH sudah menjadi realiti dalam cerita..hihi =P~

Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada mu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Cinta…

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih


Sunday, June 7, 2009

Rama-Rama Dan Wanita


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Nukilan : Dr. HM Tuah


hehe baby ni suka berdengkur..tapi dia berdengkur cute je..bukan cam orang2 tua yang berdengkur...kroohh..kroohh..kroohh...cute2+best..keh3



Thursday, June 4, 2009

~TAG~

Tag Dari Deq Puteri...
hihi bila tag sudah diberi.. kena la jawab hihi.. terima apa yg diberikan oleh oorang..hihi thanks..
jawab sebaik mungkin nih..


1. What were you doing five years back?
5years ago?? wah..ni sudah lama..hihi tahun sebelum masuk U lagi nih.. duk amik stpm kot mase tuh,duk tunggu result stpm hihi n wat kije amal sikit-sikit..hiihihi ingat ilmu tanpa amal tidak berbaloi..

2. What are the five things on your to-do list today?

All things same with u sis puteri..
- online, blog, friendster, YM.(same with u sis hihi ..great!!)
- makan (eat for energy hihi..tapi tang tu gak bak kata sis YATT)
- tido(ni kalu time sakit je tido cam beruang kutub hibenasi hihi)
- reply sms penting( absolutely sis..)
- Muhasabah Cintaku BersamaMU illahi...

3. What are the five snacks you enjoyed munching?
- cokelat (mmg hantu coklat bar pung hihi...)
- kepok ..ganu kang banyok kepok.. nak kepok dtgla umah...
- biscuits yg sedap bercoklat..waaah manis tanpa perlu air manis...hihi
- wafer?? dik suka wafer ke?? wafer nih makan masa tak cukup masa dulu kuliah padat pagi sampai malam..nih makanan sempat diamik..hihii..
- sumi ?? jelly tu ke?? coz roomate suka gak jelly nih so makan gak laa... best makan cam kanak-kanak ribena je.. cute2.. =)

4. What are the five things you'd if you turned to be a billionaire?
- bayar utang ptptn kalu xleh kurangkan..hihi =) mtk2 leh kurang kan ..hihi

-wat taman@zoo kucing?? wahhh banyak kucing pelbagai spesis...

-haji n umrahh very years.. wahhh billionaire

-jadi ahlong yang baik tanpa bunga atau riba' hihi (merapu je nih)

-beli soyuz...keh keh keh (marah di orang jawab camni)


5. The five persons I wanna tag.

tak cukup 5 persons sis.. yang penting cam nih:

- anda yang membaca entry ini...

Tuesday, June 2, 2009

HINA DIRI ITU AMALAN HATI



Merasakan dirihina itu satu sifat yang mulia. Ia satu dari sifat kehambaan. Ia timbul dari merasakan bahawa Tuhan itu Maha Mulia. Merasakan Tuhan itu Maha Mulia ialah satu dari rasa-rasa bertuhan. Sebaik sahaja kita dapat merasakan Allah itu Maha Mulia, maka dengan secara spontan kita akan merasakan bahawa diri kita itu terlalu hina di sisi-Nya.

Lawannya ialah rasa diri mulia. Ini satu sifat yang tercela. Rasa diri mulia bukan satu sifat kehambaan tetapi ia lahir dari sifat ketuanan yang bersarang di hati kita. Kita rasa kita tuan. Kita rasa kita lebih dari orang lain.Rasa diri tuan itu syirik khafi (syirik tersembunyi) hukumnya. Kita sudah hampir hendak menyamakan kedudukan dan taraf kita dengan Tuhan. Kita hendak pakai apa yang menjadi pakaian Tuhan. Ia tumbuh dari sifat kibir, ego, angkuh dan sombong.



Sifat kibir, ego, angkuh atau sombong ini, semua orang ada. Hanya ada yang kuat mengawalnya dan ada yang lemah mengawalnya. Kibir atau ego ini ibarat harimau yang sedang tidur. Bagi orang yang kuat mengawalnya, kalau dicabar, harimau itu akan terjaga tetapi ia tidak menerkam dan tidak membaham mangsanya. Tetapi bagi orang yang lemah mengawalnya, kalau dicabar, akan marah dan akan bertindak terhadap orang yang mencabarnya.

Lebih hina kita rasakan diri kita di sisi Tuhan, maka lebih tajam dan lebih mendalamlah sifat kehambaan kita dan lebih tinggilah darjat kita di sisi Tuhan. Sebaliknya, lebih mulia kita rasakan diri kita, maka rosaklah sifat kehambaan kita dan hinalah kita di sisi Tuhan.

Hina diri itu ialah amalan hati. Tidak payah disebut-sebut dan tidak payah ditunjuk-tunjuk. Kalau disebut-sebut, takut-takut ianya bukan datang dari hati. Ini sum’ah namanya. Kalau ditunjuk-tunjuk dan ia bukan datang dari hati, maka ini riyak pula namanya.

Di dalam kita menghina diri, tidak payah kita tunjuk kotor seperti menyapu kotoran atau najis ke tubuh badan kita contohnya. Ini sudah jatuh haram. Ramai orang tunjuk kotor seperti peminta sedekah dan kaki dadah tetapi hati-hati mereka penuh dengan ego dan keangkuhan. Mudah sahaja mereka ini menipu manusia dan berbuat maksiat kepada Tuhan.

Sumber: www.halaqah.net