~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Monday, November 30, 2009

Walimah~Selamat Pengantin Baru


Assalamualaikum w.b.t


Dengan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t, dengan rasa segala hormatnya saya mempersilakan para sahabat, rakan dan teman serta keluarga ke majlis perkahwinan saya pada 12-12-2009 (Sabtu) bersamaan 25 ZulHijjah 1430 Hijrah, bermula jam 12 tengahari hingga 6 petang. Diharap dengan kehadiran kalian nanti akan menyerikan lagi majlis perkahwinan kami. Beras kunyit kami taburi, Air Mawar direnjis Wangi, Undangan Kami Setulus Hati, Harap Sudi datang Merai.



Begitulah ayat yang selalu kita dapat baca didalam kad, mahupun mesej pesanan ringkas yang disampaikan kepada orang hendak dijemput, secara rasmi atau tak rasmi


Sememangnya seperti yang sudah kita maklum, musim perayaan atau cuti sekolah adalah musim mengawan. Ehh silap...musim mengawin. Ramai yang menggunakan kesempatan cuti ini untuk mengadakan walimah masing-masing.Akan tetapi bagi mereka yang berada diPantai Timur ini.. majlis akan dimeriahkan lagi dengan pesta air yakni banjir...hihi..


Berbicara soal kahwin, Islam amat menganjurkan umatnya supaya berkahwin dan perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Jika difikirkan semasak-masaknya, perkahwinan tidak semudah yang disangkakan. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap pasangan yang ingin berkahwin seperti pada sudut ilmu untuk memimpin sebuah keluarga, tanggungjawab sebagai suami isteri atau ibubapa, kewangan dan berbagai-bagai lagi.

Satu masalah yang sering membelenggu bakal pengantin adalah masalah kewangan kerana ramai dikalangan lelaki dan wanita terpaksa menangguhkan sehingga beberapa tahun akibat desakan kewangan. Di sini dipapar sekeping gambar yang menyatakan perangkaan anggaran bagi mengadakan sebuah majlis perkahwinan seperti di bawah ini :







Segala yang tertera adalah realiti yang perlu ada pada setiap majlis perkahwinan pada masa kini. Melihatkan saja pada sudut kewangan, entah berapa tahun lagi diperlukan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu. Teringat pula kata-kata seorang ustaz "Kalau kamu nak kahwin, kamu tak payah risau pasal duit. Rezeki kamu dan anak bini kalu semuanya Allah dah tentukan. Ulat dalam batu pun boleh hidup, lebih-lebih lagilah manusia yang boleh bergerak ini".

Terpulanglah pada diri masing-masing dalam membuat pilihan samada mahu cepat atau lambat. Kita hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t namun hakikat segalanya sudah ditentukan oleh Allah s.w.t.

Sekalung tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat yang telah selamat dan juga yang akan  mendirikan rumahtangga masing-masing. Semoga kalian bakal melahirkan generasi penyambung perjuangan Islam dan kekal berbahagia hingga ke syurga.InsyaAllah, kalau ada kelapangan saya akan menghadiri majlis kalian..kalau kesihatan serta cuaca mengizinkan.InsyaAllah....






Sunday, November 29, 2009

Bersangka baik- husnu-zon


Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.



********

YaAllah, tetapkanlah hati ku utk terus bersangka baik dengan persekitaran sekeliling ku, walaupun ia amat sukar untuk ku mengenal 'husnu-zon' setelah banyak 'perkara' yang berlaku...aku pasti ujian-Mu itu untuk 'mengajar serta memberi pengajaran kepadaku.. 
Ya Allah kekalkan aku sifat kehambaan terhadap-Mu YaAllah.. Ya Allah ampunilah dosa-dosa  mereka yang aku sayangi kerana  ku tahu KAU 'penjaga' yang terbaik.....
Ameen Ya Rabb..


Wanita Syurga

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?
Sebuah hadis Nabi menyatakan:
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:


"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.

Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain"  
(Hadis riwayat at-Tirmizi)


Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika

salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." 
  (Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:

"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah! "

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:


"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka."  
(Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami. Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:

"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."


Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.

"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya."
(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.



sumber emel

Wednesday, November 25, 2009

Salam AidilAdha 1430H








Monday, November 23, 2009

Warkah Cinta Itu


Bagaimanakah agaknya rasa kita kalau menerima sepucuk surat cinta daripada seorang kekasih?, tapi kita tidak faham apa yang ditulisnya...(B.L.U.R~~)

ALLAH - Kekasih orang beriman itu telah mengutus 114 surahnya: berapa surah yang kita telah tahu maknanya, faham tafsirannya, amal kehendaknya? 'Kita dilimpahi jutaan nikmat'. 'Tapi kita lupa Pemberi nikmat.' 'Sepatutnya kita hitung kesyukuran.' 'Sebaliknya kita hitung kesukaran.' Benar-benarkah kita cintakan Allah jika surat cintaNya tidak kita usahakan untuk membaca, memahami? hasilnya, 114 surat cintaMu kami persiakan begitu sahaja.

Kami inginkan cintaMu ya Allah, ampunilah kami yang jauh daripada solat dan al-quran.. Bukan Kau yang jauh, tapi kami yang menjauh...Kekalkan lah Kehambaan ku terhadapMU..

sumber:e-mail

Friday, November 20, 2009

9 S.I.T.I perlu diCONTOHi

Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.

Siti A’ishah

Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

Siti Muti’ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.




p/s: namaku tiada SITI..=]


Wednesday, November 18, 2009

Motivasi Diriku Jua Dirimu






Alhamdulillah ni video untuk 'cuci mata'.. nice..
video kedua nih tak sangka dicipta oleh budak sekolah ...
TAHNIAH...
cam projek budak-budak Multimedia je..hihi...
Jom Hayati bersama video2 nih...
wassalam...

Pikir-pikirkan



Friday, November 13, 2009

Wanita perindu Allah


Wanita perindu Allah dapat mengawal rindunya pada dunia, kekayaan, kemewahan, pembaziran, kecantikan dan segala isi dunia. Wanita ‘abidah perindu Allah dapat mengubah nafsunya daripada nafsu-nafsu jahat kepada nafsu-nafsu yang baik melalui mujahadah. Yakni daripada nafsu marah kepada memaafkan, dengki kepada kasih sayang dan. Maka jadilah wanita ‘abidah itu bagaikan tiang negara yang menyangga sesebuah negara daripada runtuh.

Sebab itu Rasulullah bersabda :
Untuk menjadi wanita ‘abidah, perindu Allah, tidak semudah menjadi wanita berkerjaya yang cuma dilatih akalnya. Sedangkan wanita ‘abidah perlukan didikan fizikal, mental dan jiwanya sekaligus. Mereka bukan sahaja diperkenalkan dengan dunia, tetapi juga dengan alam barzakh dan alam akhirat. Bahkan juga dikenalkan dengan Allah swt.

Dunia amat perlukan wanita yang tidak lagi menurutkan nafsunya tapi memusatkan perhatian dan rindunya kepada Zat yang paling hampir dengannya dan terus-menerus mengawasi hidupnya, Yakni Zat Allah SWT
Sembahyang yang dilakukan merupakan pertemuan dan penyerahan dirinya secara total kepada Allah. Ia dirasakan terlalu indah dan amat bermakna. Setiap ucapan dihayati dan dilafazkan dengan penuh kusyuk. Rukun-rukun fi’li dikerjakan dengan komitmen jiwa yang penuh kehambaan. Dan perilakunya sewatu mengadap Allah, seolah-olah takut dan hormat sekali. Maka hasil daripada ucapan dan perbuatan dalam sembahyang, wanita ‘abidah mendapat rasa tawadhuk, tawakkal, rendah diri, takut, cinta, yakin, rindu dan kagum kepada Allah kekasihnya. Itulah iman dan taqwa.

Orang yang berakhlak sahaja yang boleh bahagia tatkala ditimpa ujian. Tanpa akhlak, tidak akan ada seorang pun manusia yang dapat merasa bahagia hidup di dunia.
Kerana, hidup ini memang tidak akan lepas daripada ujian. Siapa yang tidak bahagia dunia nescaya tiada harapan untuk bahagia di akhirat.

Gabungan rasa-rasa itu mencetuskan akhlak yang sangat agung; sabar, redha, penyayang, pemaaf pemurah, rendah diri dan lain-lain lagi. Akhlak-akhlak yang mulia ini lebih mahal daripada sijil dan harta-harta duniawi, sebab ia dapat mncegah daripada perbuatan keji dan mungkar .

Bila seseorang itu kenal akhirat dan Allah, dunia ini menjadi kecil baginya. Hidupnya tidak lagi untuk memburu dunia tetapi memburu syurga di akhirat. Mereka tidak lagi merindukan kenikmatan sementara tetapi mengalihkan rindunya kepada Allah swt. Umur dihabiskan untuk beribadat kepada Allah. Apa juga kerja yang dibuat, semuanya untuk dan kerana Allah. Dan itulah yang Allah minta untuk kita lakukan. Firman Nya yang disampaikan melalui KekasihNya yakni
“Dunia ialah perhiasan. Sebaik-baik hiasan ialah wanita solehah.”



“ Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah, Tuhan seru sekalian alam.”-AQ

Wednesday, November 11, 2009

Mutiara

Dunia berputar,
Saling mengisi,
Yang satu melengkapi yang lain
Tanpa yang satu
Takkan ada yang lain,

Siang dan malam
Terang dan gelap
BAik dan jahat
Tanpa yang satu,
Apakah yang lain itu akan ada?
Tanpa adanya gelap,
Dapatkah kita mengenal terang?

Inilah sebuah kenyataan
Yang telah dikehendaki Allah
Tanpa kehendaknya, takkan terjadi apa-apa
(from: ummi shaniza)

tiap apa yg diimpi tdk semestinya menjadi yang terindah..
mungkin itu lebih baik..
agar kita lebih mengenal diri
dan ragam manusia..:)
(from: kak yati)




Satu Senyuman itu amat berharga 
Satu Senyuman dapat merawat seribu kedukaan
Satu Senyuman boleh menghasilkan sejuta cerita..
Syukran..


Saya bagi satu lirik lagu.. bertajuk SUJUD.Liriknya agak menarik..Enjoy It!


Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali
Diari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku rumus impian dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tuk ku teruskan

Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
 

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..Pada Illahi



Friday, November 6, 2009

Bila Hujan...

Awan hitam berarak menyelubungi bumi. Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita "Cuaca buruk saja akhir-akhir ni ye.." Soalnya, Kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?? Tidakkah orang-orang itu sedar bahawa hujan merupakan antara nikmat terbesar yang diberikan Allah S.W.T kepada kita??
Mengapa mereka masih merungut??

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

- Iskk, tak kering lah baju kalau asyik hujan saja..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah lah macam ni
- Payah nak buat apa-apa kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa :

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)."
(Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba saja bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. kasihan hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang
dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-
ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yang bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya
Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

Monday, November 2, 2009

Qalbi

Aku tak sama dengan mu
Aku tak setinggi dengan mu
Aku tak sehebat setanding mu
Aku tak sebaik mu
Tapi, bantulah aku menuju redha Illahi
Andai diri tak setanding mu
Maka tuntunlah aku ke puncak mu
Aku tahu, aku  tidak dapat mengapai puncak tanpa mu
Hari hari berlalu ku pasrah,pasrah tiadamu
Disisi diri ini menemani  menuju Illahi
Jahilkah diri ini?
Lalu dibiarkan begitu?
Seolah tidak berguna...sia-sia...percuma..
Apakah dosaku dilakukan sebegitu?
Aku mahukan kepastian, kepastian yang pasti
Yang pasti untuk megubah diri...agar ku sama dengan mu
Mungkinkah itu impian mu?Sahabat??
Tapi Aku, Aku adalah aku yang sekarang....
~harikays run~



Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi...