~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Tuesday, April 28, 2009

Finally...


Alhamdulillah.. nak abis exam utk my final year...alhamdulillah..amin..syukur..
maybe ini mungkin exam terakhir di USIM.. =)
alhamdulillah dapat abiskan exam ni sebanyak 6 subjek...memang banyak utk bagi tahun akhir..hihi


on13/4/2009 - OOP( buat n reka2 coding c++ sendiri hihi =P)
23/4/2009 - I'jaz Al-Quran( banyak kena guna dalil Ayat2 Quran)
24/4/2009 - Methodologi pengajaran Quran dan Tahfiz( Jawab subjek nih cam cikgu tulis buku ringkasan mengajar je hihi..nice...)
27/4/2009 - Multimedia Internet( history of internet, terms...banyak2...hhuhu)
28/4/2009 - Pemasaran Perkhidmatan Kewangan( factor yg perlu ingat nih..susah ckit yg nih..)
30/4/2009 - Kajian Quran dan Hadith di Era ICT....(no komen susah ckit)

Alhamdulillah..semuanya berakhir hihi..bittaufiq wa najah..InsyaAllah...

khas sahabat2ku di USIM...
(lagu memori tercipta hihi..layann...hihi =) )

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa


with love;
Syakirah \(^_^)/


Sunday, April 19, 2009

Gambar Bercerita ~ RajiN



Best of luck.... Bittaufiq Wa najah !!!!!
ceria n senyum sokmo... insyaAllah...
leraikan ku dari keluh kesah.....Ya Allah...



study2 ,jangan tak study lak.. my dearest friends and i.....


Thursday, April 16, 2009

khas untuk sahabat2ku



Sahabat
Dalam kabut ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu

Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi
Sahabat
Aku lemah mangharungi ranjau dunia

Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini

Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia

Wednesday, April 15, 2009

USIM oh USIM

USIM kena jawab fitnah ini….
Posted April 15, 2009 by fariddin
Categories: Tenangkan Minda
Enggan beri markah kasihan - Pensyarah USIM dakwa terpaksa letak jawatan ekoran keputusan peperiksaan (KOSMO-15 april 09)
Oleh HISHAM IDRIS
hisham.idris@kosmo.com.my
PINTU masuk utama ke Kolej Universiti Islam Malaysia yang kini dikenali sebagai USIM di Nilai, Negeri Sembilan.
KUALA LUMPUR - Gara-gara hanya meluluskan empat daripada 157 pelajar jurusan undang-undang, seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendakwa ‘dipaksa’ meletakkan jawatan demi menjaga reputasi universiti.
Nor (bukan nama sebenar) memberitahu, punca peletakan jawatannya adalah kerana tidak tahan lagi menerima tekanan supaya mengikut kehendak universiti dalam pemberian ‘markah kasihan’.
“Bagaimana hendak memberi markah jika itu merupakan markah sebenar yang mereka peroleh. Malah saya sudah memberi markah yang boleh diberikan meskipun mereka (pelajar) tidak layak mendapatnya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Ampang semalam.
Menurut Nor, 35, pemberian markah itu melibatkan pelajar dua kursus berlainan semester dua sesi akademik 2007/2008 lepas.
Menceritakan apa yang dilaluinya, Nor berkata, ia bermula apabila dia diberikan surat penjelasan mengenai kegagalan pelajarnya pada Jun lalu melalui dekan fakulti terlibat.
Kerana kegagalan para pelajar itu, dia kemudian dikritik hebat oleh pihak atasan dan mereka mahu dia menambah markah termasuk memberikannya berdasarkan kehadiran pelajar ke kelas sepanjang tahun semata-mata mahu mengurangkan jumlah pelajar yang gagal.
“Tapi saya berkeras. Mana boleh saya beri markah cara demikian sedangkan itu memang tanggungjawab wajib mereka untuk hadir ke kelas,” ujarnya yang menjadi pensyarah di universiti itu sejak Disember 2007.
Tambah Nor, pelajar terlibat bukan sahaja tidak menjawab soalan tetapi turut gagal mengarang esei dalam bahasa Inggeris.

Ulasan;
- Peristiwa Cik (Sebenarnya bekas Puan) Nor, (bukan nama sebenar) ini berlaku ketika saya masih menjadi YDP MPP. Pernah saya berbincang perkara ini beberapa kali dengan Dato’ TNC Akademik dan Dato’ TNC HEPA. Apa yang memeranjatkan, Cik Nor ini bukanlah seorang pensyarah yang berkualiti tinggi. Dato’ Tnc Hepa sendiri yang menceritakan bagaimana Dato’ Tnc Akademik diherdik dan dimarahi dengan tidak beradab oleh beliau. Bahkan, Dekan FSU juga pernah dihembur dengan pelbagai kata dan dimarahi beliau. Kalau bos sendiri pun dah tak boleh dihormati, bagaimana penduduk langit dan bumi hendak hormati beliau.

-Pelajar yang disebutkan di atas iaitu pelajar jurusan “UNDANG-UNDANG’ atau nama bangganya “LAW’S STUDENT” juga seharusnya mengambil kesempatan ini untuk sama-sama menginsafi kekurangan yang ada. Jangan pula kita ’seronok sendiri’ tambahan bergelar pelajar “LAW”. Tak dapat dinafikan ada sebahagiannya yang menepati standard pelajar law, namun tak dinafikan ada juga yang sebaliknya. Bukan tujuan untuk merendahkan pelajar “LAW” yang dipandang tinggi siang dan malam, namun sebenarnya dunia kini sangat meilihat kepada kemahiran dan juga kemampuan pelajar itu sendiri. So, kita fikirkan bersama. Bak kata nabil, Lu fikirla sendiri.

-Saya juga mengambil kesempatan untuk menasihati pentadbiran USIM agar berhati-hati ketika ingin melantik kakitangan akademik atau pentadbiran. Janganlah mengambil pensyarah yang bermasalah keluarga seperti bercerai-berai yang akhirnya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selidiki dahulu latar belakang pensyarah terutama dari sudut mentalnya. Saya difahamkan bahawa Cik Nor (bukan nama sebenar) bukan kali pertama telah diminta mengundurkan diri dari alam pengajaran di ipt, bahkan ini adalah ipt yang ke-2 yang meminta agar beliau mengundurkan diri. Lebih baik undur diri dari dipecat atau dibuang kerja.

-mantan YDP USIM 07/08-

Thursday, April 9, 2009

Tip-tip persediaan Exam...


1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksa
an penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain menge
lak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan s
ekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.







4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda
digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.


5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan. Kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit. Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah. Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

c. selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiks
aan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.


study smart.. hihi


6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh menggang
gu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7.
Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.



tawakal kepada Allah...
sumber:ibnismail.wordpress.com

Saturday, April 4, 2009

ENAM PERSOALAN HIDUP


Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. ~ Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185).

~ Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?" Murid -muridnya ada yang menjawab Negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tetapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari-hari yang mendatang dengan perbuatan yang tidak merugikan.

~
Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf : 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

~ Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawap batu, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, Tetapi yang paling berat adalah "amanah" (Al Ahzab :72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak menjalankan amanahnya.

~
Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, Tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan 'Solat'. Gara-gara sibuk dengan pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara mesyuarat kita tinggalkan solat.

~ Lalu pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, Tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.