~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Friday, August 19, 2011

Salam Ramadan

Salam Ramadan ...
Ramadan kali penuh dengan dugaan serta cabaran..cabaran yang belum penuh ditempuhi sebelum ini.
Kekuatan serta semangat perlu ditanam dalam diri agar tidak lemah dan tersungkur sebelum sampai ke puncaknya..
Ingatlah wahai diri, Bahawasanya Allah bersama mu walaupun kita berada dimana-mana, InsyaAllah ,Allah akan melindungi serta merahmati apabila niat kita betul dan sentiasa mematuhi batas-batas syariatNYA.

Allah Maha Perancang Manusia hanya pemudahcara sahaja... Tawakal 'alaAllah..