~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Sunday, January 8, 2012

List-Up

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang..
Lembaran baru di tahun baru 2.0.1.2
Tahun baru ini diserikan lagi dengan cabara baru situasi baru debaran jugak baharu..
Alhamdulillah .syukur ke hadratNya kerana masih diberikan limpah rahmat kasih sayangNya kepada hambaMu ini serta keluarga tercinta dan sahabat-sahabat yang dihormati..
Untuk tahun baru ini tugas yang perlu dilaksanakan adalah Pratikum selama 4 bulan.. yakni 12minggu..
dengar, melihat, meneliti angka 12 tu cam lama sesangat..harap doa keluarga serta sahabat2x untuk lalui 12minggu ni dengan penuh debaran..(yang penting jauhi stress yg tanpa diduga)
persiapan untuk 12minggu ni masih dalam pembinaan(cam jalan lak dalam pembinaan)jalan menuju kejayaan la katakan...^_^

- buku rph maktab =done (tapi belum sampul)
- fail folio = done ( belum sampul tapi isi nak diletakan dh dirancang)
- guru pebimbing = done  (insyaAllah xibah dah)
- pensyarah pembimbing = blm tahu ag coz dr maktb lain
-ABM /BBB = masih dalam rekaan .. (kerah otak kreatif ckit)
- strategi = loading in progress.. huhu
- jadual waktu = dah setel arap disetujui oleh GPK nnt.. huhu
--------------------------------------------------------------
Asignment maktab lak (loading lagi ni)

-TSP~excel +ppt
-IP
-Buku log pengakap
-Gerko2~ kertas kerja
-olahraga(sukan PK)~ krtas kerja
(list-up takut nnt lupe tulis merata-rata)

Thursday, January 5, 2012

~sahabat2xku~

Sahabat ku
kenangan yang indah berlalu pergi
hilai tawa dan gurau senda menjadi
pengubat hati yang kerinduan
pengalaman ku mngenalimu
sukar untuk dicari ganti
kawan datang kawan pergi
yang tinggal adalah secalit memori
memori sekuntum rindu
pengubat duka dan kenangan lalu..

Maafkan diri ku wahai sahabat ku 
andai aku melukai dirimu secara lansung atau tidak langsung
kerna ku tahu memutuskan silaturahim 
adalah terlarang sama sekali ..
ingatkanlah diri yang sering terlupa tentang perintah Allah..
kerna aku hanya manusia biasa..

Tuesday, January 3, 2012

Aku Cintai Dirinya Kerana-Mu, Ya Allah..

Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..
Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.

.
Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..

Penuhi hatinya dengan kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.

.
Ya RABBI, ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..

Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang.

2012

Terus tabah wahai diri..
Allah bersama mu...
untuk 2012 ini


~NSOH~