~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Monday, September 24, 2012

Pengetahuan AM ..jer


Kilat ialah nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadang kala semasa letusan gunung berapi atauribut debu. Kilat sering diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F), cukup panas bagi melakur pasir silika kepada "kilat membatu", dikenali secara saintifiknya sebagai fulgurit yang lazimnya berongga dan boleh memanjang seberapa jauh ke dalam tanah.[2][3] Terdapat kira-kira 16 juta ribut petirsetiap tahun.[1]
Kilat juga berlaku dalam awan abu dari letusan gunung berapi atau mungkin disebabkan oleh kebakaran hutan yang menghasilkan cukup debu untuk menghasilkan cas statik.[1][4]


sumber yang dikorek : wikipedia..(wikiwikikikiki ^_^)



Sesedap sambil membaca buku sambil menikmati hujan yang renyai-renyai membasahi bumi yang sejak pagi tadi panas (cewah ayat bersastera, STPM saya ambil subjek BM tau hihi)..Tetibe berdentum satu dentuman kuat apa lagi kilat dan guruh la. Terkejut dan 'terkujat' jugak, terus bangun mencari sesiapa yang ada ( penakut la tuh..ee xmalu betul) mahu tak terkejut sampai blackout..kuat jugak (bukan jugak  tapi amat la)..
Yang lawaknya, kondisi badan yang masih terkejut dan 'terkujat' terus bangun menyebabkan kondisi badan tak stabil.. jalan macam ketam 'menyenget' haha lawak lak bila ingatkan hal ..( hak3x! serebrum @ sebelum ..ermm camne eja lupa lak.. kondisi tak stabil yang mengawal saraf tunjang..) wah cam doktor lak .. tapi ini saya main hentam je istilah sains ni..^_^. Kejadian ini dah acapkali dah berlaku sebab terkejut dengan kilat dan guruh ..( ayat tak mengaku diri tu TAKUT wekkk!!) .Itu dalam keadaan sedar, dalam separa sedar pun ada , sesdap rasa tido dipetang hari kononnya best sangat hujan,nyaman sekali datang si G(guruh) dan si K(kilat) ni , menyenget jugak jalan nya mencari..hahah lawak2x..!!~

p/s: Negeri ganu lani dilanda hujan serta kilat sebelah petang..huhu..

SO..

Bacalah kalimah Allah


Sunday, September 23, 2012

Apdate2xje

Macam Mana nak tangani STRESS???
~Haha sendiri tanya sendiri jawab laa..haha PAdan Muka !~


Wednesday, September 12, 2012

'Apdate lagi'

Salam Akhir Syawal1433hijrah..
(pepel sokmo deh!)

Sudah hampir berlalu bulan syawal yakni bulan kemenangan selepas sebulan berpuasa
masih banyak lagi rumah terbuka..open haus open-open sana sini.. 
dan dah hampir 3bulan sudah meninggalkan 'alam persekolahan' setelah hampir setahun setengah , tempoh masa yang penuh mencabar , tercabar mencabar bercabar dengan tugasan maktab, tugasan sekolah, tugasan uruskan diri sendiri ( termasuk jugak ke?? hihi ) , tak mengapa 'cabaran'  itu banyak membantu..

TERIMA KASIH si CABARan! hihi..

Sekarang membizikan diri lak uruskan sesuatu yang 'baru' ..InsyaAllah , harapan penuh kepada Allah Taala semoga dipermudahkan segala nya urusan Dunia mahupun Akhirat 

..InsyaAllah..

Take Care! 

wassalam ^_^