Renungkan:
Seekor anak gajah di rantai sejak kecil pada sebatang tiang, Pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. anak gajah itu tidak terdaya kerana kakinya masih kecil, manakala rantai serta tiang yang menambatnya begitu kuat.
Hari demi hari dicubanya, tetapi anak gajah itu tidak dapat melepaskan diri. Lama kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan RISIKO KEGAGALAN.
Setelah bertahun dalam keadaan begitu, anak gajah membersar sebagai gajah dewasa.Badan, kaki dan lain-lain anggota badannya sudah turut membesar lebih daripada rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil. Secara logiknya dengan seklai rentap sahaja besi dan tiang itu boleh tercabut, Sayangnya, gajah itu tidak pernah berfikir untuk berbuat begitu, KENAPA? kerana ia sudah hilang keyakinan diri. Pengalaman gagal semasa kecil menyebabkan gajah itu tidak mahu mencuba lagi. Padanya, ia tetap tidak mampu melakukanya.
Inilah bahana hilang keyakinan diri, dan dalam kehidupan manusia ,apa yang dialami oleh gajah itu juga sering terjadi khususnya buat umat Islam yang sekian lama dijajah oleh musuh dalaman dan luaranya, semangat berjuang menjadi semakin luntur..
Sumber: SOLUSI isu 17
0 comments:
Post a Comment