~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Sunday, January 8, 2012

List-Up

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang..
Lembaran baru di tahun baru 2.0.1.2
Tahun baru ini diserikan lagi dengan cabara baru situasi baru debaran jugak baharu..
Alhamdulillah .syukur ke hadratNya kerana masih diberikan limpah rahmat kasih sayangNya kepada hambaMu ini serta keluarga tercinta dan sahabat-sahabat yang dihormati..
Untuk tahun baru ini tugas yang perlu dilaksanakan adalah Pratikum selama 4 bulan.. yakni 12minggu..
dengar, melihat, meneliti angka 12 tu cam lama sesangat..harap doa keluarga serta sahabat2x untuk lalui 12minggu ni dengan penuh debaran..(yang penting jauhi stress yg tanpa diduga)
persiapan untuk 12minggu ni masih dalam pembinaan(cam jalan lak dalam pembinaan)jalan menuju kejayaan la katakan...^_^

- buku rph maktab =done (tapi belum sampul)
- fail folio = done ( belum sampul tapi isi nak diletakan dh dirancang)
- guru pebimbing = done  (insyaAllah xibah dah)
- pensyarah pembimbing = blm tahu ag coz dr maktb lain
-ABM /BBB = masih dalam rekaan .. (kerah otak kreatif ckit)
- strategi = loading in progress.. huhu
- jadual waktu = dah setel arap disetujui oleh GPK nnt.. huhu
--------------------------------------------------------------
Asignment maktab lak (loading lagi ni)

-TSP~excel +ppt
-IP
-Buku log pengakap
-Gerko2~ kertas kerja
-olahraga(sukan PK)~ krtas kerja
(list-up takut nnt lupe tulis merata-rata)

Thursday, January 5, 2012

~sahabat2xku~

Sahabat ku
kenangan yang indah berlalu pergi
hilai tawa dan gurau senda menjadi
pengubat hati yang kerinduan
pengalaman ku mngenalimu
sukar untuk dicari ganti
kawan datang kawan pergi
yang tinggal adalah secalit memori
memori sekuntum rindu
pengubat duka dan kenangan lalu..

Maafkan diri ku wahai sahabat ku 
andai aku melukai dirimu secara lansung atau tidak langsung
kerna ku tahu memutuskan silaturahim 
adalah terlarang sama sekali ..
ingatkanlah diri yang sering terlupa tentang perintah Allah..
kerna aku hanya manusia biasa..

Tuesday, January 3, 2012

Aku Cintai Dirinya Kerana-Mu, Ya Allah..

Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..
Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.

.
Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..

Penuhi hatinya dengan kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.

.
Ya RABBI, ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..

Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang.

2012

Terus tabah wahai diri..
Allah bersama mu...
untuk 2012 ini


~NSOH~

Wednesday, December 28, 2011

Nasihat Seorang Teman

Salam…
Bismillah..
Apa khabar hati?
Masihkah ia seperti embun?
Menunduk tawaduk dipucuk-pucuk daun..
Masihkah ia seperti batu karang?
Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian,
Apa kabar iman?
Masihkah ia seperti bintang?
Terang benderang menerangi kehidupan..




“Dalam aku mencari  redhaMu tuhan, jiwaku perlu kepada mutiara ihsan,kalbuku perlu pada permata iman,agardiriku sentiasa indah dengan nikmat ISLAM,tetapi bagaimana harus ku merasai semua itu tanpa bantuan seorang teman yang mampu menjadikan diriku menuju ke sisiMu Tuhan.”
Saat Allah mencintai seseorang,tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. Disitulah Allah melenyapkan rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka,kemudian digantikan dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih. Hati kita seeloknya selalu berbisik:”Aku tau bila Allah mencintaiku iaitu saat ku membenci segala kejahatanku”
“Berpenat lelahla kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kesusahan,jangan berduka cita kerana hidup ini meletihkan,sebab demikianlah hidup ini diciptakan”-imam syafie
Hadapilah setiap ujian yang mendatang dengan tenang dan menganggapnya ujian itu jalan kita menuju syurgaNya. Dia tdak akan menguji hambanya seandainya Dia tahu kita tidak mampu tapi kita diberi ujian bersyukurlah dengan sebenarnya kerana itu dia menandakan amat menyayangi kita..walau peritnya ujian walau pahitnya derita walau sakitnya jiwa walau pedihnya hati ibarat dlukai dgn garam tapi ketahuilah. setiap ujian itu mgharapkan kemanisan iman yang tiada nilainya.sukar ditafsirkan oleh hati sukar digambarkan dengan mata..fahamilah sakit itu sebenarnya penawar segalanya..Bersemangatlah..
Semoga Allah redha dan kasih dengan kita semua..insya Allah..  Kita akan cuba untuk menjadi yang soleh dan solehah. Mungkin untukmu yang bergelar pemilik hatiku…Redhakanlah kami..Amin ya Rabb..Tabahkan hatiku..

Wednesday, November 30, 2011

Kuat??

Berikan Kekuatan kepada ku, Wahai Pemilik segala kekuatan..
Mood~ B.E.L.A.J.A.R

Tuesday, November 22, 2011

Tabahkah Anda??

Allah sedang melatihku untuk jadi seorang yang lebih TABAH lagi.. 
Mungkin aku belum cukup kental untuk tempuh 'permainan dunia'.. 
perancangan Allah adalah rancangan yang TERBAIK untuk ku...

Tuesday, November 15, 2011

today~1

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini sperti biasa mnjejakkan kaki ke halaman sekolah . Hari ini tidaklah selewat semalam akibatnya bangun lewat dan cirit-birit, serta ke'jem'an jalan raya dikawasan area seri kembangan. Semestinya kad merah yang tepampang. 1st time tuh.. Alhamdulillah sampai juga ke sekolah walopun kakiku lenguh tekan brek dlm keadaan ke'jem'an tu.


Hari ini seperti rutin selalu, sarapan bersama-sama guru-guru yang lain..nyum3x!!..mula sesi pembelajaran dengan kelas pra sekolah p.khas.. budaknya comel. tapi ikut time  agak nakal budaknya.. hihi..sabo jela.. tapi dia hanya takut dengan cikgu kelasnya sahaja.Pembelajaran hanya borak2x kosong sahaja, dah akhir tahun le katakan.. cewahh... hihi...

SeLepas itu dapat jadual ganti kelas ,kerana ramai guru yang tidak hadir  kerana urusan lain. Ganti kelas selepas rehat yakni 1030am.Ganti kelas di suatu unit.. adeehhh memang menguji mental fizikal betul almaklumla sebagai guru pend.khas tahap sabarnya kena tinggi sikit. Nak dijadikan cerita memasuk aje ke kelas itu, budak tu dah memang kena denda dengan cikgu kelas tuh.. besela kerusi menghadap dinding..hihi, budak memang nakal nak cakap pe ag..bdk perempuan cina umur lebih kurang 7 or 8 tahun kot. dia ni xleh duk diam ade aje di koyakkan nye sampai buku cerita cikgu kelas tu dikoyakkan nye.. hihi memang saboje laa..si budak ni xleh duk diam duk men pintu lak.. adehhh.. diriku dengan rileks nye tengok aje la si budak tuh nak wat pe.. suh budak2x lain yg 'samseng' ckit 'ajar' dia suruh duk diam , tapi 'tak makan saman; itu budak adehh... last2x PPM amik dengan punya barang beg dan botol air, apa lagi mengamuk sakan lah sibudak tuh.. tergeleng2x meraung hihi... (bayangkan aje budak kecik mengamuk, tengok nak marah de, nak tergelak pun de) hihi... dah si budak tu menangis meraung2x megeleng2x.. saya dengan dengan nada serdahana speaking omputih beb.. tersasul 'better u sit" wahhhh... hihi (saya pun nak tergelak, yela saya yang ganti kelas tu,kena tanggungjawab)  better u sit, ntah bape kali saya sebut ntah, hihi.. lenguh saya menyebut saya diam jela.. tengok dia, last2x, si budak tuh leh lak peluk saya,  minta simpati la tu suh amikkan beg dan botol air dia. hihi.. terkejut la.. sambil nangis esak2x mitak tolong peluk leher, bila nak bangun tu leh lak dia nak nek dukung.. hihi layan kan aje.. then suh dia duk diam tempat dia.. buat2x la suara garang ckit, lastly baru la dia duduk, sambil esak2x, ppm tu dah bagi beg n botol air tuh kat cikgu kelasnye.. baru dia duk diam bila amik dia punye barang.. terpaksa pujuk2x ckit suh berhenti nangis tuh.. adeehh...nasib baik la masa nak bis dah, kalu tak eden pun 'pengsan' jugak hihi..barang dia tak tau la cikgu letakkan kat mana.. last nya , dah bis masa ,said 'bye' to them.. sibudak tu boleh lak menangis coz saya tinggal kan dia.. hihi.. adeehh ade kelas len lak laaa PPM kan ade..sabo jela.. then kat kelas lain xde banyak karenahnye..yang hyperaktif je ramai ..sabo jela. tapi lawak pun de memang menghiburkan la diorang.. by the way.. i really love them.. ^_^

Saturday, September 24, 2011

AIDILFITRI 1432H

SALAM AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR BATIN 
KULLUKUM WA ANTUM BIKHOIR


Friday, August 19, 2011

Salam Ramadan

Salam Ramadan ...
Ramadan kali penuh dengan dugaan serta cabaran..cabaran yang belum penuh ditempuhi sebelum ini.
Kekuatan serta semangat perlu ditanam dalam diri agar tidak lemah dan tersungkur sebelum sampai ke puncaknya..
Ingatlah wahai diri, Bahawasanya Allah bersama mu walaupun kita berada dimana-mana, InsyaAllah ,Allah akan melindungi serta merahmati apabila niat kita betul dan sentiasa mematuhi batas-batas syariatNYA.

Allah Maha Perancang Manusia hanya pemudahcara sahaja... Tawakal 'alaAllah..