~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Thursday, November 25, 2010

Untuk bakal teman hidupku


Untuk bakal teman hidupku, bacalah...
Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.

Wednesday, November 24, 2010

~Kita Bersahabat Selamanya~



Agama Islam adalah agama universal. Setiap inci dalam aspek kehidupan kita disentuh di dalam Al-Qur'an, Hadis-hadis nabi dan juga diperbahaskan oleh ulama'-ulama' muktabar di sepanjang zaman.

Ini membuktikan betapa Islam adalah sebuah agama yang syumul dan lengkap dan sesuai digunapakai di sepanjang zaman. Antara aspek kehidupan yang ditekankan oleh Islam adalah persaudaraan ataupun persahabatan. Anas Ibn Malik pernah meriwayatkan hadis yang bermaksud :

"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"

Hadis ringkas ini cukup mudah untuk difahami dimana Islam sangat menekankan ikatan persaudaraan sesama Muslim.

Kita sangat digalakkan untuk menyambung silaturrahim yang terputus dan juga ditegah untuk tidak bertegur sapa sesama kita lebih daripada 3 hari. Kekuatan Islam pada hari ini terletak pada kekuatan silaturrahim sesama kita.

Jika sesama muslim pun kita sering berpecah belah dan bertegang leher, maka sukarlah untuk kita menewaskan musuh utama kita yang sudah dijelaskan di dalam Al-Quran iaitu yahudi laknatullah yang sangat bersatu-padu untuk menghancurkan umat Islam.

Masalah yang timbul adalah kita kurang didedahkan tentang cara bersilaturrahim dengan baik dan efektif. Bagaimana adab-adab bergaul dengan kawan dan apakah langkah-langkah yang perlu dititikberatkan untuk mewujudkan suasana pergaulan yang harmoni sesama kita.

Walaupun ia nampak seperti sesuatu yang remeh, namun itulah asas untuk mewujudkan umat Islam yang kuat dan disegani sepertimana umat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman para sahabat yang berjaya menguasai satu per tiga dunia.

Saturday, November 13, 2010

TUDUNGKU VS SERBANMU

Kau hanya memandang pada dasarnya
jgn kau samakan tudungku dan serbanmu

tudungku,
tidak seperti serbanmu
falsafah mereka berbeza
serbanmu, menunjukkan ketinggian ilmumu
hanya yg berani mampu
sesuai dgn sandaranmu, seorang pemimpin.

tapi,
tudungku, hanya aku yakinkan utk menutupi aibku, auratku
jgn kau samakan mereka
bukan aku menipu, tp kau mudah merumus

aku juga mahu, tudungku menjadi seperti serbanmu
lantas perjalanan yg panjang harus ku tempuh
pastinya berseorangan ku tak mampu
terdiam sebentar aku termanggu
mencari teman yg mampu membahu...

mari teman kita membahu
menjadikan tudung kita senilai serban mereka
agar mereka tidak terus menuduh

tudung kita hanyalah palsu belaka.....

(apakah yg dimaksudkan oleh kata-kata ini)
sumber asal:fesbuk...

Wednesday, November 10, 2010

Menuju Allah...

Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba