~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Friday, August 28, 2009

~ Tazkirah Ramadhan ~

Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramdhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Riwayat Ahmad)

"Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." - Hadis riwayat Ahmad.

"Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan minum beberapa teguk air." (HR Tirmidzi)

"Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (HR Ibn Majah)

Sunday, August 23, 2009

~ Ragam Bulan Pose ~

Assalamualaikum..
Alhamdulillah sekarang kita dah masuk bulan yang penuh BARAKAH..Alhamdulillah diberi kesempatan umur yang panjang untuk berada di bulan yang mulia ini RAMADHAN..perkataan RAMADHAN@RAMADAN, ia nya sama sahaja, tetapi telah di tegur oleh guru bahasa melayu, ejaan melayu yang betul adalah RAMADAN..tak bape pasti juga mana yang betul.. yang penting makhraj sebutan tuh kena betul ..=)

Hari pertama pose dah bermacam-macam ragam dah..hihi nak tergelak juga sorang2..hihi perihal anak sepupu and sepupu2 dah sibuk call n tanye pasal duit raya.. adehhh..cepat je ye?? sabor2.. tak dapat duit raya, dapat sampul raya pun jadi laa.. ye tak?? hihi.. macam-macam.. teringat jugak bersembang di YM dengan ummi sha@ tokcik, tengahhari pose dah cite pasal nak masak pe..? baru separuh hari tuh.. senyum sorang2 berYM dengan ummi sha..ummi sha mimpi ikang besor ye?? masak pe ye? sweet sour ke? sedap2.. kucing makan pun tak bis tuh...hihi besar betul ikang tuh ye?.. boleh buat kenduri..Alhamdulillah...


Hari kedua pose dah masuk kije balik...macam-macam hal lak tempat kije.. baru 2 hari pose..hihi..nak tergelak sorg2 gak... sabar je la.. cita dengan anak murid,sini lebih mesra panggil anak buah..hihi... mak aih bulan2 pose camni b
anyak lak die cite ye? xlarat eden nak menjawab.. tapi bagus dalam mengaji...aiwah...budak lelaki lak tuh... dekat nak abis masa sembang2 lah dengan dia...banyak punya cita pasal puasa,terawih, ngaji, wuduk, bacaan solat...last2 budak nih cita pasal bola dengan saya.. adeehhh (nasib baik 'ustazah' tau ckit gak pasal bola hihi) dia citalah team mane lawan team mane... brapa goal,hihii.budak baru darjah 2 tuh.hihi sabor je... bak kata sorang sahabat LAYYAAANNN..hihi.. tersenyum je dengan dia nih,lawak macam2.. hilang ngatuk n tak sedar masa dah abis..time nak balik... saya tanya budak ni" awak balik nih pergi bazar Ramadan ke?" , dia jawab" tak la nak balik main bola".."Ape main bola? awak tak letih ke nanti?(saje nak test budak nih,dia bagitau dia puasa penuh) hihi... leh dia jawab " tak la men bola depan tv, play station..."..adeeehhh.. terkena la plak... hihi.. yela mane letih ,dahaga mainnplay-station... tersengih sorang2 bukan tahap senyum dah.. tersengih2 pergi punch kad..macam ragam bulan puasa ini.


"Sa
ya harapkan Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh kesyukuran dan kegembiraan untuk diri sendiri dan untuk seluruh umat Islam ..InsyaAllah...wassalam"

"Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ye.."

Thursday, August 20, 2009

~Ahlan Ya Ramadhan ~


Andai semua HARTA adalah RACUN,Maka ZAKATlah penawarnya,Dan Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TAUBATlah ubatnya,Jika seluruh BULAN adalah NODA, Maka RAMADHAN lah PEMUTIHNYA...

Anggaplah RAMADHAN ini terakhir buat kita, Maka perbanyakkan amal Ibadat. moga Kita tidak menyesal dipenghujungnya nanti...
****************
Jagalah Kesihatan ye..


Contoh Pemakaian Musim Demam sekarang..
( Muslim yang beriman..InsyaAllah = My student hihi =))

Cegah influenza A H1N1..
Cegah lebih baik dari mengubati...

Sunday, August 16, 2009

~HAYATI~


Smileeee...~~=D

Hari ni alhamdulillah dapat cuti untuk berrehat...esok dah mula kije balik..
InsyaAllah semuanya akan selamat InsyaAllah...cuti2 begini isi masa dengan internet..jalan2 sambil cari ilmu... surf2 terjupe satu artikel yang menarik hati ni.. banyak pengajaran... ade yg 'berbekas' dijiwa .. Syukur sangat..
Alhamdulillah...Allah tak akan biarkan hamba-Nya menderita keseorangan kan??Alhamdulillah..

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda


-Kurangkan makan bawang besar
-Kurangkan makan berempah
-Kurangkan makan ketumbar kering
-Kurangkan menonton hiburan
-Kurangkan membaca majalah hiburan
-Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
-Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
-Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
-Jangan makan kepala ikan Jangan minum air yang ada semut
-Jangan tidur selepas subuh
-Jangan tidur selepas asar
-Jangan tidur selepas makan
-Jangan makan terlalu kenyang
-Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
-Jangan menyapu rumah pada waktu malam
-Jangan makan yang masam-masam berlebihan
-Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
-Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan

-Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
-Selalu makan makanan yang panas2
-Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
-Selalu minum air masak
-Selalu makan ulam2
-Selalu mengamalkan pandangan hijau
-Selalu bersenam
-Selalu menggunakan imajenasi otak
-Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

-Jangan ego
-Jangan dengki pada orang lain
-Jangan makan dari sumber yang tidak halal
-Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
-Jangan makan makanan yang ada pewarna
-Jangan makan makanan yang ada pengawet
-Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
-Jangan mandi selepas 9.00malam

......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....


-Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
-Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
-Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
-Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
J-angan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
-Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
-Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
-Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
-Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
-Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
-Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
-Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
-Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
J-angan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
-Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
-Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita
-Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
-Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
-Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)..... INGAT !!

Saturday, August 15, 2009

Muhasabah CInta (2)


Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan

kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan

oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini


seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu

seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku


Friday, August 7, 2009

..::: Demam :::..



Klik gambar untuk besarkan...

Sekarang nih Demam 'berbabi'@influenza A@H1N1 ni semakin menular n merebak dengan cepatnya ye? Ayuh usaha untuk hindari, berusaha untuk hindari walupun sudah terjadi ye.. =)



Jaga Diri Anda Semua... Sahabat-sahabatku Doakan diri ini n semua ye..senyum Sokmo deh..
InsyaAllah..wassalam..

Tuesday, August 4, 2009

::: TahNiah:::


(dekat canselori...)


Assalamualaikum
Harapnya semua sahabat-sahabat dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya ye?
Entry kali ini sekitar ucapan TAHNIAH kepada sahabat-sahabat seperjuangan ku di'bumi' USIM..
Penat lelah sepanjang berada di USIM berbaloi..(berbaloi2..cam iklan celcom lak hihi) dengan hari Konvokesyen ke -7 (2009)..Tahniah diucapkan kepada SEMUA sahabat yang ber'konvo' baru-baru ini pada 1 Ogos 2009 bersamaan 10 Syaaban 1430H (PICC). Serta ucapan KHAS ini juga di tujukan kepada sahabat-sahabat 1 course yakni Quranic with Multimedia Studies 1st Batch..=)
TAHNIAH.. Alhamdulillah dapat juga jumpa sahabat-sahabat ari raptai dan hari konvo tuh..walupun de yang x sempat berborak panjang.. masing-masing BZ dengan hal sendiri.. hihi..

TAHNIAH BUAT....

Kak Syahra
Kak Mas
Fatimah
CT
Nadiah
Kak Nik
Yani
Azizi
Naemah

Nomie
CT ubaidah

Azma
Sazana

Fezal
Azmi
Syafiq

Masturah

Anuar
Aekmal

Johari
Anis
Yan
Kak As
Fizah
Sarah
Jihah
Dayah
Sheila

Nawawi
Nasuha
Dan
Din
Zaki
Kak Shakinah

Khairul

Azrul


Semoga Cemerlang Dunia dan Akhirat..InsyaAllah..
p/s: xsempat nak amik gambar kenangan dengan semua...






Ucapan syukran Jazilan jugak wat sahabat-sahabat yang hadir pada hari tersebut...thanks ya..maaf ari yang kelam kabut jugak tuh hihi.. thanks and sori 4 everything ye?

-Kak yati
-Ummusafiah
-Aswad @ TT
-Ikram

serta sahabat-sahabat yang send ucapan melalui HP.. mascihh...

p/s: Demam konvo..huhu skrg kembali bz dengan kije lak..Doakan kejayaan semua Dunia n Akhirat InsyaAllah.. May Allah Bless Us.. InsyaAllah..=)