~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Wednesday, January 20, 2010

3 tips bagaimana untuk kekalkan fikiran positif


Ketika Anda sedang membaca artikel ini, saya anggap Anda sudah tahu bagaimana untuk membina fikiran positif - iaitu dengan selalu bersangka baik pada setiap orang, setiap situasi, setiap benda, setiap perkara, setiap masalah walaupun buruk cemanapun rupanya.

Sekarang, kita hanya perlu kekalkan fikiran positif yang kita dah bina. Gunakan 3 tips dibawah sebagai panduan untuk Anda mempelajari cara mengekalkan fikiran positif.

1. Terus menerus perbaiki akhlak, sikap dan perilaku.

Perbaiki lagi fikiran positif Anda dan jangan pernah cuba untuk berhenti! Bagi mengekalkan fikiran positif, kita sendiri kena baik dulu. Baik dalam perbuatan, baik dalam sikap, baik dalam emosi-emosi kita. Barulah dengan itu kita dapat kekalkan fikiran positif.

2. Elak untuk bersangka buruk walaupun sedikit.

Jangan gara-gara fikiran negatif sebesar habuk selama sesaat, hancur semua fikiran positif yang kita dah bina berhari-hari lamanya. Nampak macam susah nak jaga fikiran positif, tapi sebenarnya tidak.

Cara paling mudah nak kekalkan fikiran positif adalah menggembirakan emosi kita. Hadirkan banyak emosi-emosi positif seperti perasaan cinta, kasih sayang dan rasa bersyukur yang amat mendalam. Hadirkan kemaafan - rajin memberi maaf dan rajin meminta maaf. Itu saja! Kesannya, Anda akan rasa bersemangat. Cinta dan syukur adalah emosi positif yang patut kita ada supaya kita sentiasa berfikiran positif.

3. Gembirakan diri, berusahalah menggembirakan diri segembira yang mungkin.

Buat sesuatu yang Anda rasa seronok melakukannya, seolah-olah macam hobi. Ada di kalangan kita suka memasak, menyanyi, berbual-bual, menonton video lucu, bermain games, mendengar lagu, bersenda gurau, menjadikan mereka rasa 'feel good'. Emosi menjadi ringan, kurang terbeban.

Dalam sehari, biasakan diri melakukan perkara-perkara di atas, dalam jangka masa 20-30 minit, 3 kali sehari. Jika Anda dah biasa melakukannya, itu sudah bagus!

Dekatkan diri dengan orang yang membuat Anda rasa gembira, tertawa seolah-olah tiada satupun masalah dalam hidup Anda.

Tips ni dah diulang dalam banyak artikel lain. Oleh kerana ramai dari kalangan bermasalah besar dalam mengekalkan fikiran positif sebab tak tahu cemana nak buat, maka saya ulang lagi. Jika Anda masih bermasalah dalam mengekalkan fikiran positif, respon di ruang komen, saya buat yang terbaik untuk membantu Anda. 


p/s: ramai yg tanya kenapa blog skrg berunsur2 motivasi? nak tuko bidang kaunseling lak ke?? hihi, ape salahnya tuko bidang lak.. de rezki pe salahnya..hihi , jd cikgu disiplin boleh gak.. hihi..untuk manfaat bersama..^^,) 

2 comments:

Anonymous

err..
saya punya masalah kesukaran mengawal emosi T__T boleh bantu saya?

salam ukhuwah huhu

'Hurun-Ein'

emosi selalu tak menentu, isikan ia dgn zikir ,istighfar kepada Allah, agar jiwa tak kosong...
if jiwa kosong syaitan berebut nak cuba nasib then berlaku emosi melebihi akal yg waras...
jom sama2 membaiki diri serta emosi ke arah NYA dgn perbanyakkan zikir..
InsyaAllah..=]