~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Sunday, January 25, 2009

Renungan bersama ku


“Sesungguhnya, ALLAH memang Senjaga…”

Memang Allah sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita dapat
Menjadi penilai yang baik..

Memang Allah sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita sedar
Bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
Mengharapkan pertolongan Allah

Memang Allah senjaga menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA..
Memang Allah sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita sedar
Bahawa Allah Maha Pemurah Dan penyayang..
Kerana mengingatkan kita bahawa dia
Bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

Memang Allah sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita dapat
Mengutip pengalaman yang tak semua orang
Berpeluang untuk mengalaminya

Memang Allah sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita jadi
Manusia yang hebat jiwanya…

Memang Allah sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita lebih
Faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.

Memang Allah sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita lebih
Mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal…

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta,fahamilah bahawa
Kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya,
Hari esokpun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita
Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA..

Percayalah sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan Hamba-NYA

Yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan Hanaya kepada NYA….


0 comments: