~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Sunday, February 22, 2009

A.D.A.Mku...

Adam,mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Adam,mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan...
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..

Adam,mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...

Adam,mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....

Adam,mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..

Adam,mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...

Adam,mengertilah...


********************************************
SYABAB!!
cintailah aku
kerana cintamu pada Tuhan yg satu,
betulkanlah aku kerana agama itu lurus,
pimpinlah aku,
kelak aku amanahmu yg bakal dipersoal Tuhan,
tegurlah kesilapanku,
kerana diriku ekspresi dirimu,
berlemah-lembutlah terhadapku
kerana aku tamsilam rusukmu yg bengkok,
bersolat denganku,
kerana akulah makmunahmu paling akrab,
bersabarlah dengan kerenahku,
kerana sepurnama itu aku membuncah,
doakan keberkatanku,
kerana aku ingin mencintaimu hingga ke negeri..
FIRDAUS...

cantik wanita krn kejernihan wajah,
manis wanita krn seyuman indah,
ayu wanita krn kesedrhanaan lahiriah,
hebat wanita krn kesabaran,
kemuliaan wanita krn keimanan..



1 comments:

"Salahuddin"

Tiap yang hidup akan diciptakan dengan nafsu. Hanya malaikat sahaja tiada nafsu. Mengertilah wahai umat Muhammad, nafsu dicipta bukan untuk bermaharajalela dihati, tapi ia adalah satu ciptaan illahi untuk hambanya. Usah dituruti kata nafsu. Nafsu selalunya mengajar kepada kearah kejahatan. Allah mencipta manusia yang setiapnya ada yang menjaga (malaikat) dan ada yang merosakkan (syaitan). Ketahuilah... syaitan berbisik di setiap hati kiri cucu-cicit nabi Adam A.s agar sentiasa melakukkan kemunkaran.
Bisikkan Syaitan adalah kepada nafsu....
Ingatlah...Bercinta dalam Isalam tiadalah salahnya tapi biarlah kerana Allah.
Jadikan Rasullulah sebagai contoh yang terbaik dalam kehidupan kita.
Tauladanlah yang menjadikan kita umat yang terbaik...
Bernafsulah untuk Fisabilillah(Syahid) kerana itulah sebaik-baik kematian.
Nafsu mempunyai peringkat-peringkatnya.
Jangan dijadikan nafsu Amarah sebagai nafsu utama kerana NERAKA lah kiranya mengikutinya
Waspadalah pada nafsu Lawammah kerana ia sering berbolak-balik dalam hati-hati kita.
Jadilah nafsu yang Mutmainnah kerana SYURGAlah tempat ia kelak. Moga bernafsulah di tempat yang sebaiknya. Amin.....