~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Saturday, February 7, 2009

Resepi Mahligai Bahagia..



Bahan-bahannya:

2 kg penuh pegangan teguh kepada Allah dan ajaran Islam serta berpandukan Quran & Sunnah.

1 kg rasa cinta dan kasih sayang yg sentiasa membara.
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.
2 cawan pati kemanusiaan.
2 cawan keyakinan diri masing², dorongan dan sokongan.
1 cawan rasa kepuasan.
1 cawan budi bahasa.

1 cawan perasaan timbang rasa.
1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan 2 pihak.
2 gelas ucapan terima kasih utk disiram selalu.
1 sukatan peruntukan kewangan yg mencukupi.
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya.
4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting utk kita jadikan amalan diet kita)
Secubit campur tangan mertua
Curahkan kerjasama yg perlu dan persediaan kerja
berpasangan dan perkongsian.






Cara membuat atau mengamalkannya:

1. Kita adun dgn cermat semua bahan² di atas
dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap
mengkritik, sikap marah dan sakit hati.

2. Isikan dengan bunga-bunga cinta yg segar
dan panaskan dgn bara api kesetiaan dan

kejujuran.
3. Hiaskan dgn dua org anak kecil dan bolehlah
ditambah mengikut selera dan kemampuan diri
masing².
Peringatan: Jangan sekali-kali dihidangkan dgn
sikap dingin dan lidah yg berbisa. Makanan kalau
sesedap mana pun jika dihidangkan dgn sikap
dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dgn
senyuman manis penuh kasih sayang. Sesekali
bawalah hidangan ini utk menikmati bersama di
tempat peranginan ketika berbulan madu dahulu
agar kemanisannya tetap kekal. Seperti juga
masakan, kita mesti menaruh serbuk perasa.
Serbuk perasa resepi perkahwinan bahagia ialah
keimanan, kesabaran dan kesungguhan kita utk
mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar pun
pancaroba yg melanda.


4 comments:

al_irsyad

salam..

eerrmm.. cam mana nak agak, berapa banyak kuantiti untuk setiap tuh?.

payah juga nih

Nur Syakirah Omar

tanya hati dan berdoa kepada Allah.. semua nya berlandaskan Allah swt..semua sukatan yang terlebih dan terkurang sentiasa mendpt keredhoaanNya InsyaAllah... =)
selamat mencuba...

Luqiem

Salam...

Resepi yang melazatkan... mengeyangkan iman dan taqwa...

Jagan lupa sedekahkan kepada jiran kita...

Mudah-mudahan bertambah pahala kita...

Nur Syakirah Omar

ye betul,,
jom berkongsi dengan sahabat2 yang len agar ape ilmu yang kita perolehi berterusan hingg ke syurga..insyaAllah...