~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Sunday, March 8, 2009

Salam Maulidur Rasul SAW 1430H



Assalamualaikum...
SALAM MAULID NABI MUHAMMAD SAW.



(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu...

p/s: teringat kata2 ustaz.. kita membuat lagع utk rasullulah tapi kita tidak menghayati sepenuhnya apa yang kita nyanyikan dan perkatakan tu.. de btulnya jugak.. kekadang mulut saja mengatakan tapi kita bakhil utk selawat kepda baginda.. janganlah kita menjadi seorang yang kedekut bakhil utk berselawat ye? mudah je ...
Ayuh.. sama2 berselawat kepada baginda...
Daripada Abu Hurairah R.A ,Nabi SAW bersabda "Orang yang berselawat ke atas ku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya Sepuluh kali"- RiwayatMuslim
صلى الله عليه و سلم
صلى الله عليه و سلم



0 comments: