~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Wednesday, April 15, 2009

USIM oh USIM

USIM kena jawab fitnah ini….
Posted April 15, 2009 by fariddin
Categories: Tenangkan Minda
Enggan beri markah kasihan - Pensyarah USIM dakwa terpaksa letak jawatan ekoran keputusan peperiksaan (KOSMO-15 april 09)
Oleh HISHAM IDRIS
hisham.idris@kosmo.com.my
PINTU masuk utama ke Kolej Universiti Islam Malaysia yang kini dikenali sebagai USIM di Nilai, Negeri Sembilan.
KUALA LUMPUR - Gara-gara hanya meluluskan empat daripada 157 pelajar jurusan undang-undang, seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendakwa ‘dipaksa’ meletakkan jawatan demi menjaga reputasi universiti.
Nor (bukan nama sebenar) memberitahu, punca peletakan jawatannya adalah kerana tidak tahan lagi menerima tekanan supaya mengikut kehendak universiti dalam pemberian ‘markah kasihan’.
“Bagaimana hendak memberi markah jika itu merupakan markah sebenar yang mereka peroleh. Malah saya sudah memberi markah yang boleh diberikan meskipun mereka (pelajar) tidak layak mendapatnya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Ampang semalam.
Menurut Nor, 35, pemberian markah itu melibatkan pelajar dua kursus berlainan semester dua sesi akademik 2007/2008 lepas.
Menceritakan apa yang dilaluinya, Nor berkata, ia bermula apabila dia diberikan surat penjelasan mengenai kegagalan pelajarnya pada Jun lalu melalui dekan fakulti terlibat.
Kerana kegagalan para pelajar itu, dia kemudian dikritik hebat oleh pihak atasan dan mereka mahu dia menambah markah termasuk memberikannya berdasarkan kehadiran pelajar ke kelas sepanjang tahun semata-mata mahu mengurangkan jumlah pelajar yang gagal.
“Tapi saya berkeras. Mana boleh saya beri markah cara demikian sedangkan itu memang tanggungjawab wajib mereka untuk hadir ke kelas,” ujarnya yang menjadi pensyarah di universiti itu sejak Disember 2007.
Tambah Nor, pelajar terlibat bukan sahaja tidak menjawab soalan tetapi turut gagal mengarang esei dalam bahasa Inggeris.

Ulasan;
- Peristiwa Cik (Sebenarnya bekas Puan) Nor, (bukan nama sebenar) ini berlaku ketika saya masih menjadi YDP MPP. Pernah saya berbincang perkara ini beberapa kali dengan Dato’ TNC Akademik dan Dato’ TNC HEPA. Apa yang memeranjatkan, Cik Nor ini bukanlah seorang pensyarah yang berkualiti tinggi. Dato’ Tnc Hepa sendiri yang menceritakan bagaimana Dato’ Tnc Akademik diherdik dan dimarahi dengan tidak beradab oleh beliau. Bahkan, Dekan FSU juga pernah dihembur dengan pelbagai kata dan dimarahi beliau. Kalau bos sendiri pun dah tak boleh dihormati, bagaimana penduduk langit dan bumi hendak hormati beliau.

-Pelajar yang disebutkan di atas iaitu pelajar jurusan “UNDANG-UNDANG’ atau nama bangganya “LAW’S STUDENT” juga seharusnya mengambil kesempatan ini untuk sama-sama menginsafi kekurangan yang ada. Jangan pula kita ’seronok sendiri’ tambahan bergelar pelajar “LAW”. Tak dapat dinafikan ada sebahagiannya yang menepati standard pelajar law, namun tak dinafikan ada juga yang sebaliknya. Bukan tujuan untuk merendahkan pelajar “LAW” yang dipandang tinggi siang dan malam, namun sebenarnya dunia kini sangat meilihat kepada kemahiran dan juga kemampuan pelajar itu sendiri. So, kita fikirkan bersama. Bak kata nabil, Lu fikirla sendiri.

-Saya juga mengambil kesempatan untuk menasihati pentadbiran USIM agar berhati-hati ketika ingin melantik kakitangan akademik atau pentadbiran. Janganlah mengambil pensyarah yang bermasalah keluarga seperti bercerai-berai yang akhirnya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selidiki dahulu latar belakang pensyarah terutama dari sudut mentalnya. Saya difahamkan bahawa Cik Nor (bukan nama sebenar) bukan kali pertama telah diminta mengundurkan diri dari alam pengajaran di ipt, bahkan ini adalah ipt yang ke-2 yang meminta agar beliau mengundurkan diri. Lebih baik undur diri dari dipecat atau dibuang kerja.

-mantan YDP USIM 07/08-

0 comments: