~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Saturday, June 13, 2009

KITA ADA PELAWAT SETIAP HARI

"Ketika engkau memiliki tujuan utk dipenuhi dan mimpi utk digenapi , Allah sudah membuka matamu dan memanggil dengan namamu.. Ingat bahawa dimanapun engkau atau kemanapun engkau mengadap..ALLAH TAHU" Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:

Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikatmaut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut,kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.

Waallahu'alam



**ketawa terbahak-bahak ini teringat satu cerita dulu bersama rakan-rakan..rasanya ari tuh la ketawa yang memang lagho dan 'ganas' kot ..hihi.. ana siap2 nak pergi ke surau..tetiba ada sahabat nih tanya ,nak ke mana tu? ana jawab ringkas je"surau".. dia boleh tanya lagi,dahla ana kelam kabut dah..hihi(last minute sokmo =P )..nak pergi berjemaah ke?? ,dia tanya ana.... ana jawab "tak la ,nak gi curi selipar" camne lah leh terkeluar ayat lawak bodoh camtuh...tetiba ana dapat bantal melayang.. menepati sasaran lak tu.. adehhh.. nasib baik bantal ,kalu buku tadi.??.. dah la tak sempat mengelak...hihi..(sahabat ana nih pemain bola baling...hihi).. pastu ketawa yang tak hingat dah... Ya Allah..ana rasa tak pernah pun gelak camtuh sebelum ni..ish3...insaflah....pastu baru terfikir ada logik gak dia tanya..mana tau ana pi surau pi meeting ke? dating ker?? opsss...etc laa.. aduhh... peristiwa yang tak leh lupa kalu dikaitan dengan ketawa terbahak-bahak nih...

Ingat ...Rasullullah SAW tidak ketawa terbahak-bahak,tetapi Baginda hanya tersenyum hingga menampak gigi baginda yang cantik..سبحان الله

2 comments:

Imanisa riana @ sarimah

salam..
Banyak ketawa boleh mengeraskan hati, tapi senyuman boleh melembut dan menyejukkan hati..
Semoga kita dimatikan di dalam keadaan tersenyum..

'Hurun-Ein'

salam kembali wat ummi shaniza
ye amat setuju dengan apa yg ditintakan oleh ummi...kekdg diri ini alpa.. marilah sama-sama mengingati each others..
insyaAllah semoga kita tergolong dalam orang-orang yg dirahmatiNYa..insyaAllah =]