~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Sunday, June 28, 2009

~ Perasan???~



Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL.

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu:

"Jadilah engkau!". Maka ia terus menjadi...

SUMBER

6 comments:

Imanisa riana @ sarimah

salam..
Cucu dah jumpa yg berkenan di hati? Kalau tokcik pancing ikang kap buat pais ari kenduri cucu ok tak? he..he..

MaRdHatILLah(Fatahiyyah)

posting yg sgt bagus..sy suka bc..memg btuln sokong 100 %

'Hurun-Ein'

to ummi shaniza: salam, berkenan dihati? boleh ke pilih yg berkenan dihati?,bukan yang orang yang berkenan kat kita tokcik?=], ala tokcik jom p pancing lani le...sedapnyee =]

to Mardhatillah: lama tak nampak ukht..=], ye betul ataupun kebetulan..??=]

MUHAYATI BINTI HAJI ABDULLAH

assalamualaikum..
posting2 d blog enti ni banyak memberi input pengajaran yg berguna pd ana. kdg2 terpkir, kita nakkan yg terbaik tp adakah kita telah menjadi yg terbaik utk org lain. so bg ana..terima seadanya. teruskan berkongsi ilmu..mungkin ada kebaikannya pada pengunjung setia blog ini & mungkin pd tuan empunya sendiri..take care.

'Hurun-Ein'

Muhayati: ye mascih..ye utk kebaikkan bersama..insyaAllah..
~ be ur self ~ =]

maiGeta

semestinya manusia mendambakan insan yg terbaek sbg suri hati mereka..
mngidamkn insan yg mampu merubat parut2 dosanya..

mencari2 siapakah gerangan yg mampu membimbing diri mereka ke lembah kebahagian..
tekad dan bulat hatinya semata2 mencari keredhaan Ilahi~

~sapa pon xpa kn,biarpon sekadar penganggur profesional,muhihihi..~