~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Sunday, July 12, 2009

~ Doa ~


اَللَّهُمَّ زَينِّاَّ بِزِيْنَةِ الْقُرْأَن
وَاَكْرِمْنَا يَا اَلله بِكَرَاَمةِ اْلقُرْأَن

Assalamualaikum wrt..
Apakah perkara yang paling berat dalam dunia ini??
sudah tentu jawapannya AMANAH...

ye, Amanah satu perkara yang paling berat sangat tanggungjawabnya..Alhamdulillah.
Amanah yang saya perlu laksanakan dengan baik adalah sebagai Guru/tenaga pengajar Al-Quran atau qiraati/Iqra untuk budak-budak dan juga orang-orang dewasa yang pelbagai peringkat umur..disebuah institusi, AllahuAkhbar besar sungguh amanah yang diberikan , mengajar orang lain dengan kalam-kalam Allah..Ya, ia memang sesuai dengan khusus yang saya amik diperingkat Universiti, tetapi saya sendiri rasa kurang rasa keyakinan huhu ..layakkah diri ini??.. Ya Allah kuatkan diri ini..Aminn Ya Rabb.. permudahkanlah segala urusan serta tanggungjawab yang diberikan ini..Alhamdulillah segala interview telah berjaya di lalui(2 interview dalam 1 hari).. Alhamdulillah berjaya..
Harapan saya agar sahabat-sahabat dapat mendoakan saya..nervous tuh tetap ada..(nebes ..nebes...sahabat2 selalu sebut cam tuh dulu hihi).Doakan saya agar dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaiknya serta istiqamah dalam bidang yang diceburi ini..InsyaAllah.Doakan Saya ye?..Doakan yang terbaik di DUNIA mahupun di AKHIRAT kelak..InsyaAllah..

استجب دعائنا يا الله يا الله

Renungkan kata-kata ini:

" Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan UJIAN yang terasa bertanya sehingga kita terduduk dan menangis.Tapi ketahuilah dan renungilah kembalimungkin air mata tika itu kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah IMAN yang kian terkoyak,lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari KEIKHLASAN "

wassalam....




3 comments:

MUHAYATI BINTI HAJI ABDULLAH

assalamualaikum wbt..
Tahniah kerana telah berjaya mendapat kerja sebagai pendidik, mengajar mengaji pula tu, tabik ana padi ukhti. semoga menjadi pendidik yg berjaya.
Ucapan Muaz: "Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya itu kerana Allah merupakan tanda takwa kepada Nya, mencarinya merupakan ibadat, mentelaahnya sebagai jihad, mengajarnya kepada orang yang belum mengetahuinya merupakan sedekah, menyampaikannya kepada ahlinya adalah kebaikan."

shaniza

Salam..
Tahniah tokcik ucapkan..
Dah jadi ustazah nanti janganlah garang2 sangat, nanti habis cabut anak murid pula..he..he..
Semoga amanah yang diberikan dapat dilakukan sedaya mungkin dan sentiasalah muhasabah diri. Ilmu yang ada perlu diperluaskan dan ajarkan ilmu dari dalam hati cucu.. insyaAllah, Allah akan memberkati segala keikhlasan..

Nur Syakirah Omar

wa'aalaikumussalam wrt,,
ye saya akan ingt pesanan semua =]take care ye..=]

to MUHAYATI: siapa MUAZ nih?