~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Thursday, July 2, 2009

~ Sahabat ~

..::: K.H.A.S:::..

Bila bunga-bunga kelayuan berguguran…

Bagaikan pelangi selepas hujan reda
Indah berseri mewarnai alam
Beburung berterbangan riang berkicauan
Tiada lagi mendung semalam

Damainya di hati bila terpandang wajahmu
(ye, tahun kedua ku mengenalimu walupun tidak semesra mana tapi aura kita membuat kita mesra =)
Manis senyuman menghulurkan salam
(ye senyumanmu memang manis...hihi)
Lembut tutur bicara tersusun bahasa
(selembut sutera....harir hub ya ukhti...=] aiwahhh)
Hapus sudah titis airmata
(ye macam2 kita kongsi bersama walupun baru sahaja kenal...alhamdulillah)


Kenangkan suka dan duka yang dilalui bersama
(memang banyak kenangan suka n duka...ujian sebagai student...fuhh)
Indahnya kenangan yang pernah tercipta
(kenangan terindah gak de kita cipta kan ye??.. sampai menimbulkan dengki yang lain...استغفرالله)
Hindarkan persengketaan, jernihkan kekeruhan
(ye semestinya kita juga ada juga berselisihan faham,majuk merajuk hihi...tapi semua setel deh??)
Bara amarahmu jangan dinyalakan
( ye masih ingat ayat mu , STOP IT... thanks itu yg terbaik....saya hargai sgt)

Kasih dan sayang membentuk titian rindu
(kasih sayang sesama saudara itu yg menjadi tunjang UKHWAHFILLAH)
Menghubungkan hati yang lama terpisah
(ye perpisahan yang diredhai serta dirahmatiNYA ,insyaAllah)
Mengeratkan lagi ukhuwah
(ye ,walupun jauh selang beberapa buah negeri, DOA,emel,YM n henset jadi penghubung antara kita..insyaAllah..)
Yang lama telah terbina
Bahagia dalam maghfirahNya
Oh… indahnya jalinan kasih sayang
(kekalan la persaudaraan kami Ya Allah, saling mengingati antara satu sama lain)


Tidak sempurna iman, tidak bernama insan,Andai permusuhan dibiar berterusan
( diriku tidak mahu mencari musuh, ingin cari kawan,sahabat untuk menuju Mardhatillah, maafkan diriku andai ada yang terluka, membenci dan sebagainya.. )
Leburkan keegoan, hulurkan kemaafan
( Ego itu tidak menjadi sandaran tautan Ukhwah, Kemaafan ku sentiasa mengiringmu wahai sahabat-sahabatku..maafkan diri ini juga...insyaAllah)
Semoga sentosa dalam keredhaan
(InsyaAllah......Amin...)


Tinggal duri-duri yang mencalar melukakan…

terima kasih kerana sudi mengenali diri ini yang banyak kekurangan...
mascihhh wahai sahabat-sahabatku...

=epilog rindu-INTEAM=

4 comments:

MUHAYATI BINTI HAJI ABDULLAH

Assalamualaikum..
Bertuahnya "dia" punya sahabat seperti enti. semoga persahabatan ini kekal hingga ke syurga..:)

Imanisa riana @ sarimah

Salam..
Jika dirasakan permata nilam itu indah, indah lagi ukhuwwah yang terjalin sesama insan...

'Hurun-Ein'

salam..

'mencari mu sahabat,bagai mencari mutiara putih,walau ke dasar lautan sanggup ku selami dengan alatan scuba driving..=] hihi

MUHAYATI BINTI HAJI ABDULLAH

errk..scuba driving???
jgn lupa bwk oksigen lebih ye..:)