~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Sunday, December 20, 2009

Meminta&Memberi



Bila aku meminta KEKUATAN,
ALLAH memberi aku RINTANGAN agar aku kuat.
bila aku meminta KEBIJAKSANAAN,
ALLAH memberi aku MASALAH agar aku menyelesaikannya.
bila aku meminta KEKAYAAN,
ALLAH memberi aku AKAL agar aku bekerja.
bila aku meminta KEBERANIAN,
ALLAH memberi aku BAHAYA-BAHAYA dan DUGAAN agar aku mengatasinya.
bila aku meminta CINTA,
ALLAH memberi aku ANAK-ANAK TERBIAR untuk aku bantu.
bila aku meminta KURNIA,
ALLAH memberi aku KESEMPATAN.
dalam semua hal…
aku TIDAK MENERIMA apa yang AKU INGINKAN…
tetapi AKU MENERIMA apa yang AKU PERLUKAN…
ternyata doaku telah dikabulkan oleh-Nya

sumber~e-mail

5 comments:

shaniza

Salam...

nice...

^_^

'Hurun-Ein'

salam
tokcik miss u..hihi
(boleh ke)

'Hurun-Ein'
This comment has been removed by the author.
MUHAYATI BINTI HAJI ABDULLAH

Semoga sentiasa dicukupkan dengan nikmat rezeki..
apa guna punya kekayaan melimpah ruah,
kesenangan tiada kesulitan tapi nafsu menguasai diri,
ketenangan tidak dimiliki,
jauh dari ILAHI..
Semoga sentiasa mengingati,
dugaan diberi menguji,
agar menjadi insan bererti, kesulitan tiba jgn diratapi, kurniaan kasih sayang tiada bertepi,
tanda engkau insan terpilih, disana jua akhirat menanti,
yang kekal ABADI..

moga peringatan untuk diriku sendiri..

'Hurun-Ein'

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta...