~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Thursday, January 7, 2010

Masalah Takkan Kekal

Alhamdulillah, ini adalah posting pertama untuk tahun baru 2010.. Selamat Tahun Baru Sahabat2 ku..
Saya ingin berkongsi satu artikel yg agak bagus...baikk punyee..!!!~ Selamat Membaca.^_^v

Semoga berjaya Semua...~~~ (^^, )

Bila Anda dilanda masalah, jangan sesekali menyerah kalah, mengambil jalan mudah mahupun mengatakan nasib Anda sudah begitu yang asyik dilanda masalah. Tiada masalah yang akan kekal, sebenarnya ia sementara.

Masalah membantu kita untuk terus berkembang dari segi intelektual dan emosional. Tanpa masalah, kita takkan kenali diri sendiri dan takkan tahu sejauh mana kebolehan kita.

Kita dikurniakan 'tools' biologi (minda) untuk berdepan dengan apa jua masalah, apa jua cabaran dan apa jua rintangan tak kira cemana besarnya dan setinggi mana levelnya. Ia sudah ada pada Anda, cuma perlu cari ILMU, gandakan pengetahuan dan kenali di mana kekuatan Anda.

Jangan asyik memikir masalah. Sebab, lebih banyak masalah akan timbul. Tapi..

Fokus fikiran Anda pada PENYELESAIAN masalah, hanya fikir penyelesaian sahaja dan latih diri untuk terus menerus memfokus kepada langkah-langkah penyelesaian.

Dengan berbuat begitu, penyelesaian akan datang pada Anda dan Anda ditemukan dengan orang-orang yang boleh membantu, situasi-situasi yang juga boleh membantu dan benda-benda (resources) yang boleh Anda gunakan untuk menyelesaikan masalah.

Apa yang kita masukkan ke dalam minda dan apa yang selalu bermain di fikiran kita, itulah yang membentuk diri kita. Tak ramai yang tahu rasa tertekan disebabkan oleh masalah hanya salah satu bentuk emosi yang terbit dari minda separa sedar.

Oleh kerana ia salah satu bentuk emosi yang mempengaruhi mood Anda, Anda boleh mengubahnya. Masukkan banyak emosi GEMBIRA dan CERIA, sebanyak yang mungkin ! Itu cara yang berkesan untuk membangkitkan mood positif dan tenang.

Mulai hari ini, ambil langkah drastik dengan menghampirkan diri pada orang-orang ceria dan boleh memahami emosi Anda, membaca artikel-artikel positif, menonton video-video yang penuh dengan inspirasi dan cuba memberi semangat diri sendiri, dengan membaca kisah-kisah kejayaan orang lain serta bagaimana mereka bangkit dari masalah.

Baca sebanyak yang mungkin. Jika mereka boleh bangkit dan keluar dari masalah, mengapa tidak Anda?

Padahal, kapasiti mental dan jumlah neuron otak mereka dengan otak Anda adalah sama. Cari bagaimana mereka menyelesaikan masalah mereka dan apa mindset yang mereka gunakan. Jika ia berkesan untuk mereka, ia berkesan untuk Anda juga.

Penyelesaian pada masalah sudah tersedia untuk kita sebenarnya. Cuma ia berada di 'alam' dan hanya menunggu untuk muncul. Ia sudah berada di depan kita, cuma tak nampak saja.

Janji, Anda berdoa, berusaha dan tak berhenti mencuba menyelesaikan masalah langkah demi langkah. Setelah berhabis daya, tawakkal dan tunggu. Remember, just ASK, BELIEVE and ready to RECIEVE.

Jangan sesekali menyerah kalah pada masalah. Jangan biarkan diri Anda tenggelam dalam masalah.
.. dan jangan biarkan minda separa sedar Anda diam terbiar begitu saja. Bangunkan ia, latih dan bina kekuatannya.


Gunakan minda untuk berfikir mencari penyelesaian ! Minda separa sedar mampu memberi idea, saranan, inspirasi dan ilham bila Anda meminta ia melakukan sedemikian melalui FOKUS.

Fokus pula terbina melalui soalan-soalan pada diri seperti yang telah saya kongsikan di artikel lalu. Anda perlu bergerak untuk menyelesaikan masalah tu. Jangan tunggu dan lihat saja atau tak buat apa-apa.

Dont ever give up. Mesti ada cara lain untuk menyelesaikan masalah Anda. Kuatkan mental, semangat dan nyalakan api motivasi dalam diri. Mulakan hari ini juga!


>>sumber<< (^^,)


2 comments:

Imanisa riana @ sarimah

Salam..
Orang sukses akan melakukan sesuatu yang berbeza, yang tidak dilakukan oleh orang biasa-biasa, untuk mendapatkan hasil yang berbeza pula.

'Hurun-Ein'

Salam...
Success through endeavour~~ (^^,)