~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Sunday, February 7, 2010

~Sayang Menyayangi~

Suatu hari Nabi Muhammad SAW melabuhkan kepalanya di riba Aisyah sehingga baginda tertidur. Ketika Aisyah membelai Nabi, dia amat terharu kerana menjadi isteri manusia paling agung di sisi Allah SWT. 

Terdapat ramai wanita dunia ini, tetapi Aisyah terpilih sebagai pasangan hidup Rasulullah SAW. Perasaan Aisyah bahagia tidak terkira namun dalam suasana hiba itu Aisyah terkedu bimbang jika nasib malang menimpanya seperti isteri nabi lain kerana di dunia mereka hidup bersama nabi seperti pasangan suami isteri, tetapi pada hari akhirat suami mereka ke syurga manakala mereka ke neraka. Seperti isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut yang dirakamkan dalam surah al-Tahrim ayat 10 antara maksudnya, "Kedua-dua isteri nabi Nabi Nuh dan Nabi Lut kedua-duanya masuklah ke neraka."

Mengingatkan suasana itu, Aisyah bimbang lalu menangis sehingga air matanya jatuh mengalir ke muka Rasulullah yang mulia itu lalu mengejutkan baginda. Apabila terjaga, baginda terus bertanya kepada Aisyah apa yang terjadi. Aisyah menceritakan hal itu kepada Nabi yang kemudian baginda bersabda yang maksudnya, "Manusia akan lupa segalanya ketika berada pada tiga tempat iaitu ketika menerima catatan amalan, amalan ditimbang dan meniti titian siraatal mustaqim."

Daripada cerita dan hadis ini jelas kemesraan rumahtangga yang dipamerkan Rasulullah. Mereka saling menyayangi walaupun kehidupan yang sederhana. Resepi rumahtangga Rasulullah bertitik tolak daripada mencintai Allah. Apabila Allah menjadi rujukan kehidupan maka Allah akan mengatur seluruh kehidupan.

Untuk mendapatkan rumahtangga yang rukun, aman dan damai maka ia perlu bermula dengan mencintai Allah. Justeru, cintailah (cinta Allah) sebelum mencintai seseorang dan bercintalah dengan orang yang dicintai Allah nescaya kita akan mendapat cinta sejati. Kisah itu tidak selesai di situ sahaja kerana Allah merancang berkenaan kehidupan selepas dunia.

Jika kita berehat sambil berborak bersama keluarga dii laman rumah, di hadapan televisyen atau di tamna, apakah topik perbincangan kita agaknya? Yang biasa kita bicarakan adalah soal makan, seronok, sukan, filem, gosip kemudian ketawa berdekah-dekah. Semuanya soal dunia dan hendak berseronok sahaja. Sebenarnya bukan tidak boleh berseronok dan ketawa, tetapi jangan lupa masa depan beragama serta dosa silam.

Buat remaja yang suka melepak di tepi jalan dan pusat beli-belah, fikirkan soal mati dan akhirat. Jika mahu kebaikan, berkawanlah dengan mereka yang mencintai Allah. Pilihlah sahabat yang baik budi pekerti dan akhlaknya dan mampu membantu ketika susah dan senang.

Ciri-ciri sahabat yang baik:

1) Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

2) Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

3) Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

4) Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

5) Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

6) Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.

7) Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

8) Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

9) Jika datang sesuatu bencana menimpa kamu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

10) Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

11) Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

12) Jika kamu bercakap- cakap mereka tak lupa akhirat.


Ya Allah... itu impian semua...InsyaAllah (^_ ~)v