~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Monday, October 4, 2010

Lelaki ..dulu...kini...


Dulu..
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira
Kini..
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya, boneka Yahudi

Dulu..
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi
Kini..
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat, perogol bersiri

Dulu..
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al Mu'tasim kebanggaan wanita
Kini..
Ribuan wanita suci terpenjara
Fatimah diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu..
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa berani menggoda
Kini..
Bila wanita dibawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa

Dulu..
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama
Kini..
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu, dunia dan seisinya

Dulu..
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad, tekun berdakwah
Kini..
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu..
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah
Al Farouq, Zunurain mati terbunuh
Kini..
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu..
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh
Kini..
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku..
Kembalilah pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki yang dulu
Lelaki Acuan Madrasah Rasul
petikan dari novel '' Syabab Musafir Kasih ''

 Sumber Asal

pemuda soleh tak kawan dengan ramai perempuan kerana nanti dia ingin menghadiahkan cinta yang tulus kepada isterinya, hanya isterinya,begitu juga dengan wanita solehah....~sekadar pesanan utk diri ku jua diri mu



3 comments:

Kak nad
This comment has been removed by the author.
Kak nad

assalamualaikum.. nak mintak izin nak publish ayat nie kat fb. although ambik dr novel, but oleh kerana sy ambilnya dari sini. tetap kene mintak izin jugak. hehe.. semoga hari2x mu di bawah lindungan rahmatNya, insyallah. ameen,,

'Hurun-Ein'

wa'alaikumussalam...
ye silakan... perkara yg baik elok dikongsi bersama...
ameenn ya rab...^_^