~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Wednesday, December 29, 2010

Haid dan AlQuran

DIBOLEHKAN MENYENTUH & MEMBACA AL-QURAN


Dibolehkan membaca, membawa dan memegang (menyentuh) al-Quran sama ada dalam keadaan berhadas kecil (tidak berwuduk), atau berhadas besar seperti haid, nifas bagi wanita dan disebabkan keluar air mani atau juga selepas bersetubuh bagi lelaki dan wanita. Tidak ada perbezaan dalam perkara ini antara lelaki dan wanita.Selain hujjah dan penjelasan yang lalu, maka antara hadis yang menjadi dalil (hujjah) membolehkan menyentuh, memegang, membawa atau membaca al-Quran dalam keadaan junub ialah:


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : خَرَجْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ نَذْكُرُ اِلاَّ الْحَجَّ ، فَلَمَّا جِئْنَا سَرِفَ طَمِثْتُ ، فَدَخَلَ عَلَيَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا أَبْكِيْ ، فَقَالَ : مَا يُبْكِيْكِ ؟ قُلْتُ : لَوَدِدْتُ وَاللهِ أَنِّيْ لَمْ أَحُجَّ الْعَامَ . قَالَ : لَعَلَّكِ نُفِسْتِ ؟ قُلْتُ : نَعَمْ . فَقَالَ : فَإِنَّ ذَلِكَ شَيْئٌ كَتَبَهُ اللهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ ، فَافْعَلِيْ مَا
يَفْعَلُ الْحَاجُّ غَيْرَ أَنْ لاَ تَطُوْفِيْ بِالبَيْتِ حَتَّى تَطْهَرِيْ.



“Dari ‘Aisyah ia berkata; Kami keluar (mengerjakan fardu haji) bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Tidaklah ada yang kami fikirkan kecuali haji. Ketika kami tiba di Sarif aku kedatangan haid. Lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam masuk menemuiku dan aku sedang menangis. Maka baginda bertanya: Apakah yang menyebabkan engkau menangis? Aku menjawab: Aku inginkan demi Allah sekiranya aku tidak haji pada tahun ini. Baginda bertanya: Apakah engkau sedang bernifas (berhaid)? Aku menjawab: Ya!. Baginda bersabda: Sesungguhnya ia adalah sesuatu yang telah Allah tentukan untuk anak-anak perempuan Adam, oleh itu kerjakanlah setiap yang dikerjakan oleh orang yang sedang menunaikan haji selain tawaf di Bait (Ka’abah) sehinggalah engkau dalam keadaan suci”. (H/R Muslim 4/30)Dalam hadis ini, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak melarang ‘Aisyah memasuki masjid atau membaca al-Quran, kecuali solat dan tawaf.



0 comments: