~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Tuesday, February 17, 2009

PETUA MENGEKALKAN PERSAHABATAN

Saling Memberi Kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang utk berkongsi suka duka bersama dan bukannya utk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan org lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yg penting, si dia jujur pada persahabatannya.



Saling Menahan Rasa Cemburu
Ramai yg berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yg dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yg membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yg tak kena, tanyalah temanmu itu dgn baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan utk berbicara dgn fikiran yg matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu utk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...


Saling Memahami
Utk menjadi sahabat yg baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dgn lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yg bukan2 tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yg mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa utk kamu bertemu si dia.


Saling Mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yg telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yg beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.


Saling Memberi Kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri.
Belajar menjadi seorang teman yg sudi memberi kemaafan kepada org lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.




Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat
kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang ESA

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hati ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Terusakanlah perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir

Dan aku...masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku...terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat...

4 comments:

MaRdHatILLah(Fatahiyyah)

pesanan yg sgt bernas

Purpleheart

Salam perkenalan, suatu pesanan yang sangat berguna..

Mengharap RedhaMu

Betul kata-katamu itu, tapi dikala sahabat ada jua yang menyakitkan jiwa. Dikalangan sahabat jua ada yang memberi hati luka. Dikalangan sahabat jua ada yang memberi hati gembira.
Semuanya bergantung pada diri yang menganggap sahabat sebagaimana rupa.
Manusia itu tidak diciptakan sesempurna semuanya masing-masing ada kelemahan dalam diri.
Yang nyata belajar dari kesilapan tiadalah salah jua.
Hanya yang kita perlu berilah masa dan cubalah selami hati sahabat itu walau dikala suka dan duka.
setiap insan ada berbagai-bagai rupa.Tidakkah kamu mehilah Ciptaan Illahi dimuka bumi ini berbagai-bagai rupa?
Demikian jualah Allah mencipta hati-hati manusia yang diciptakan jua bersama nafsu...
KepadaNya lah kita harus serahkan diri secara "MUTLAK". Moga semuanya ada hikmah. Amin....

'Hurun-Ein'

apa yang ku ingin temui: sahabat yang sanggup menasihati dalam keadaan gembira mahupun susah.. kerana terlalu gembira membuat kan kita lagha lalai... dalam kesusahan kita lupa utk kembali kepadaNya..Ya Allah kurniakanlah kami sahabat2 yang sentiasa berada di jalan MU ..ya Allah...