~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Wednesday, May 20, 2009

CUKUPLAH KEMULIAAN ANDA DENGAN MENJADI SEORANG MUSLIMAH

Salam....

Jangan kau putus asa
kerana tidak melihat jalan keluar
Kalau begitu, di manakah Allah dan taqdirNya?

Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuang di jalan Allah, merupakan penebus dosa anda atas izinNya. Bergembiralah dengan khabar yang terdapat dalam hadith ini.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat lima waktunya dan memelihara kehormatannya, nescaya ia akan memasuki syurga Tuhannya. (Hadith riwayat Ahmad)

Semua itu adalah perkara yang mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah. Oleh kerana itu saudariku, laksanakanlah amalan-amalan yang agung tersebut, agar engkau dapat menemui Tuhan Yang Maha Pengasih; berjalanlah sesuai dengan al Quran dan sunnah nabiNya, nescaya engkau akan menjadi muslimah sejati.



Semua perkara ini merupakan kemuliaan yang agung dan kebanggaan yang besar bagi anda. Kerana selain anda, ada wanita yang dilahirkan dinegeri-negeri kafir, iaitu negeri Nasrani, Yahudi, Komunis ataupun agama dan ideologi lain yang bertentangan dengan Islam. Sedangkan anda, dipilih oleh ALlah untuk menjadi muslimah sejati, dan Dia akan memasukkan anda ke dalam golongan umat Muhammad s.a.w. Anda juga termasuk orang-orang yang mengikuti jejak Aisyah, Khadijah dan Fatimah - semoga ALlah meredhai mereka semua.

Kami sampaikan ucapan selamat buat anda, kerana anda adalah wanita yang solat lima waktu, puasa dibulan ramadhan, menunaikan haji di Baitullah dan memakai hijab yang diperintahkan oleh agama. Ucapan selamat buat anda, kerana anda redha ALlah sebagai Tuhan yang disembah, Islam sebagai agama yang dianuti, dan Muhammad s.a.w. sebagai rasul yang diikuti.

petikan dari buku JANGAN BERSEDIH: JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA oleh Dr 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni

Bunyinya memang senang untuk menjadi wanita solehah....pada hakikatnya ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan penyerahan yang total kepada Allah S.W.T., untuk menjadi wanita solehah kerana jalan kearahnya dihiasi oleh banyak onak dan duri. Wallahua'lam.

sumber:www.hanan.com.my

0 comments: