~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Wednesday, May 27, 2009

~Kisah Lucu~

Jom Baca cerita ni..=)
***************************************************
abu berada dalam tandas
ramai tengah tunggu abu keluar dari tandas,
sementara tu..

amin: wei, ko tau tak mak kawan kita meninggal semalam

abu: INALILLAH

amin: wei, jgn sebut nama Allah dalam tandas la!!

abu: MASYAALLAH

amin: wei,ko sebut nama Allah lagi!!

abu: ASTAGFIRULLAH! sori2..

amin: ko sebut nama Allah lagi la!! gile ke!

abu: INSYAALLAH pasni aku tak sebut dah

...........amin trus pengsan akibat tertekan~~~~~~
*************************************************

Ya.. dalam kehidupan kita nih tak lari dari Yang Maha Pencipta Sekian 'Alam..
Setiap apa yang kita lakukan baik mahupun buruk DIA memerhatikan kita... DIA sentiasa mendampingi kita... usah kita lupa untuk menjadi hambaNYA yang taat dengan segala perintahNYa..
supaya mendapat kesejahteraan didunia mahupun di akhirat kelak.. INsyaAllah....
dengan mengingati Allah hati kita akan menjadi tenang...InsyaAllah...

(pesanan untuk diri juga)....

Selamat Beramal~pesan ust.Izzu.. =)

p/s-ingat Allah selalu