~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Saturday, May 30, 2009

wanita dan 7M


Menurut Encik Rahmat Ismail, Pakar Motivasi, untuk kelihatan cantik, seseorang wanita perlu memiliki kualiti ‘ 7M ‘. Iaitu

Musyarakah – seseorang wanita itu yakin bahawa dirinya memang mempunyai kecantikan tersendiri
Murakabah – mereka menerima dengan insaf dan syukur keadaan diri sendiri
Muhasabah – sentiasa melihat kekurangan diri dan memperbetulkannya
Muakobah – sentiasa mendidik diri agar berusaha menjadi wanita yang sempurna
Muqarrabah – sentiasa mendekatkan diri dengan Allah s.w.t
Mujahadah – berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri
Muarabah – cuba menghakis segala kejahatan yang ada dalam diri

p/s: terbaca artikel ini dalam hanan.com ia menarik sekali... tapi boleh tak sesiapa cuba terangkan apakah yang dimaksudkan sebenar nya...JazaakaAllah

0 comments: