~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Monday, June 22, 2009

Insan Istimewaku...

Ayah, Abi, Pa, Daddy, Walid…

Ungkapan yang cukup sinonim dengan lelaki ..

Lelaki yang bergelar Bapa…

Pengorbanan seorang Bapa tiada tolak tandingnya,

Walaupun ditukar ganti dengan nilai wang ringgit, harta kekayaan atau kemewahan duniawi..


Ayah,

Tidak lengkap rasanya kehidupan bila tiada insan yang bergelar AYAH..

Ketegasan seorang ayah hanyalah untuk melihat anak-anaknya berjaya…

Berjaya untuk mencapai ‘bulan’, ‘bintang’ disana kelak…


Wahai anak..

Mampukah kita sebagai anak,

Sebagai anak membalas jasa seorang ayah??

Mampukah???

Tentu sekali tidak….fikirlaahh wahai anakk…

Hargailah insan mulia ini…

Insan yang bergelar AYAH..sementara dia masih ada…

Beruntunglah mereka yang masih mempunyai ayah,

Sempat serta berpeluang lah bagi mereka untuk membalas jasa ayah…

Beruntunglah….


Duhai anak…

Usah dikenangi, ditatapi…

Berdoalah agar Ayah berada dalam kesejahteraan serta rahmatNya ilahi..


Ayah…

Diri ini amat menyayangimu Ayah..

Ampunilah dosaku Ayah..

Sejakku dilahirkan kedunia ini, sehingga akhir nanti…

Duhai Ayahku….

-I’m the second-

Selamat Hari Bapa buat Ayahku

Hj.Omar Bin Hj.Hussain..