~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Thursday, December 31, 2009

2.0.1.0~Untuk Semua




Tahun baru sememangnya membuka lebaran baru dan nafas baru bagi kita. Oleh itu, amat bersesuaian tahun baru dimulakan dengan azam. Namun apakah sebenarnya azam? Kenapa begitu heboh orang memperkatakan tentang azam setiap kali datangnya tahun baru. Pelbagai azam yang dibina. Ada azam baru namun ada juga azam yang diperbaharui lantaran azam tahun lepas hanya tinggal azam sahaja. Hanya wujud pada awal tahun namun hilang dua tiga bulan kemudian, hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja...Dengan ini, istilah hangat-hangat tahi ayam tak kan berlaku lagi ,InsyaAllah..Capai apa yang belum tercapai dek 'zaman' 2009..(bersemangat je ayat tuh hihhi).. serta nak jadi 'orang baru' agak-agak boleh atau tidak ya?

BE THE BEST BEST BEST..
AND BEAT THE REST..
CAUSE I'M THE BEST..
AMONG THE BEST.
I'M THE BEST..


(ayat yang selalu budak-budak sekolah sebut sebagai 'pembakar' semangat hihi , xpe digunapakai kembali untuk mengusik kenangan as budak-budak dulu (^_^)v)

Akhirnya Saya doakan semua sahabat dimana anda berada, Semoga dirahmati Illahi serta dalam lindunganNya selalu,InsyaAllah."Selamat Tahun baru Hijrah serta Masihii" lakukan kecemerlangan untuk diri anda sendiri, sehingga orang sekeliling anda akan merasai bangga dengan mu,Doakan Kejayaan untuk kita bersama~Ameen Ya Rabb


Rasulullah SAW bersabda:

“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”



  ( Gerhana di Tahun Baru dari Balai Cerap KN hihi..dimanekah KN itu? hihi)



P/S:  pesanan ini telah 'ditaja' hihi.TQ (^_^)~All the best...Posting terakhir untuk tahun 2009 yang penuh kenagan...aiwah || 2009 mengamit memory hati,2010 mengecapi rasa hati ||






2 comments:

Imanisa riana @ sarimah

Salam..
Sekadar renungan...

Walau apapun yang kita buat di dunia ini, hendaklah disertakan dengan kesedaran bahawa semua itu adalah sementara dan kepada Allah jugalah tempat kembali. Kita juga seharusnya menerima hakikat bahawa apa dicari dalam kehidupan ialah kebahagiaan, dunia dan akhirat.

Allah juga mengingatkan kepada manusia mengenai kehinaan dunia ini jika tidak digunakan berlandaskan keimanan. Firman Allah bermaksud: “Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul daripada golongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata: Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri. Kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang yang kafir.” (Surah al-An’am, ayat 130)

Apa saja kenikmatan di dunia ini hanya sementara dan yang kekal adalah akhirat. Jadikanlah matlamat kehidupan kita di dunia untuk mencapai al-falah iaitu kesejahteraan dan kemenangan di dunia dan akhirat, menerusi pembangunan roh serta jasad.

'Hurun-Ein'

Assalam
InsyaAllah menuju Alfalah bersamaMu yaAllah