~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Thursday, December 3, 2009

Aku Wanita

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijakPendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah



Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....
Tabah jiwaku Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merahMencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar....
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah....

2 comments:

Imanisa riana @ sarimah

Salam..
Macam pernah tengok je gambar tu..
tapi di mana ye? hi..hi..
Moga menjadi wanita solehah penyeri di syurgawi...

'Hurun-Ein'

Salam...
ye pernah kan?
dimana ye? mgkin di GOOGLE or Yahoo Seacrh Engine hihi
InsyaALLAH, Impian setiap wanita solehah..InsyaAllah =]