~~~~~~~~~~~~

|| Bicara Hati ||

Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAWA yang berlari-lari diantara safa dan marwa....
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga....
Aku akui hakikat yang tersurat...
Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH..
Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji....
Kerana aku tidak layak mengharap semidikian rupa....
Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...

Saturday, December 12, 2009

Cuba tiliki,renungi,eksplorasi....

************
Telusuri maknawi menjejak hakiki
Amanah suci khalifah di bumi
Jelajahi duniawi menuju ukhrawi
Amalan murni mengadap Ilahi

Eksplorasi diri membaca zahiri
Menyingkap realiti yang tersembunyi
Eksplorasi hati mengungkai nubari
Cerminan peribadi bias tulus budi

bertemu berpadu dalam di dalam restu
Berkias bermadah dalam santun ilmu
Berpautkan iman tenteram aman
Bersandarkan rahmat sentosa selamat

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi
Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari
Yang mengiringi

Bukan mudah memiliki mutiara kasih
Tanpa diselami lubuk hati nurani
Ke dasar rasa yang paling dalam....

*********
Lirik : Ito Lara
 
Saya tinggalkan persoalan untuk kepada sesiapa yang sudi menjenguk blog saya ini, ini adalah salah satu nasyid(lagu) Cuba teka SIAPAKAH PENASYID LAGU INI...???
(jika anda tau, anda adalah peminat nasyid yang sejati..hihi)

6 comments:

Pena Daie

Salam..ana tau..
lagu tu nyanyian kumpulan Far East..
Tajuknya Eksplorasi..
x minat sgt pon nasyid tp dgr jgk la, lagu tu bole tahan la best

Unknown

ooo kumpulan Far East ke..baru tahu..hehe..jrng dgr nasyid tp suka dgr yang lama2, lg byk input & penghayatannya..=)

slm ukhuwwah..=)

al_irsyad

salam...

aduhh...cam mana nih, ana tak taw.

hhmm... bukan peminat nasyid sejati la yer..

(T_T)

'Hurun-Ein'

Salam buat semua,

To Zul Ikhwan: enta mmg teror lah..hihi =)

To Zihnun Fatin: enti cuba dgr, best sungguh puitis serta penghayatan yg baik,InsyaAllah =)

To Al_Irsyad:yeke? InsyaAllah enta akan jd peminat Zikir sejati..=)

::Madu Lebah::

far east!!!

'Hurun-Ein'

ye btul tuh hihi.. tahniah2